LIHAT VIDEO DI SINI
KUALA
LUMPUR : Selepas 47 hari rakyat Malaysia 'terkurung', hari ini hari
pertama Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan
bagi membendung penularan COVID-19 dilonggarkan kepada Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Apa yang longgar? Antara lain, Jakel kini boleh beroperasi, begitu juga pusat membeli-belah lain.
Restoran 'Mamak' yang dirindui juga sudah boleh dikunjungi dan orang ramai boleh menjamu selera di premis kedai makan manakala kenderaan persendirian kini boleh dinaiki empat orang.
Namun, perlu diingat PKP ini hanyalah dilonggarkan dan tarikh tamat sebenar perintah ini yang kini masuk fasa keempat adalah pada 12 Mei ini.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya semalam, menegaskan persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan hari ini kita 'raya' adalah salah.
Katanya, sekarang terserah kepada disiplin orang ramai dan kepatuhan mereka kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) perintah berkenaan bagi membantu melandaikan lekuk COVID-19 seterusnya menjadikan kes positif sifar.
Dalam keghairahan meraikan 'kebebasan' ini, perlu diingat juga kes positif baharu COVID-19, kembali mencecah angka tiga digit dua hari berturut sejak dua hari lepas selepas 16 hari kita berjaya merekodkan angka dua digit.
Semalam, sebanyak 122 kes positif COVID-19 direkodkan, meningkat dari hari sebelumnya sebanyak 105 kes.
Bagaimanapun, keputusan melonggarkan PKP kepada PKPB yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jumaat lepas masih kekal dan hanya kawasan yang mencatatkan kenaikan mendadak kes COVID-19 akan ditutup selepas ini.
Bagi menyelia kepatuhan rakyat secara keseluruhan terhadap PKP, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang medianya semalam, mahu orang ramai memainkan peranan masing-masing dalam membuat laporan polis jika terdapat mana-mana pihak yang melanggar SOP PKPB.
Beliau turut menasihatkan orang ramai memuat turun aplikasi MyTrace dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang boleh digunakan bagi membantu kerajaan mengesan jejak mereka yang telah dijangkiti wabak COVID-19 berhampiran mereka dan kontak rapat mereka.
Ingatlah, kita masih belum menang dalam peperangan wabak ini. Jangan jadikan kegembiraan sementara kita dalam meraikan sedikit kebebasan ini satu kerugian kepada usaha kita 'berkurung' selama 47 hari sebelum ini. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment