Monday, May 4, 2020

PKPB: Aliran kenderaan masuk ke ibu negara meningkat

PKPB: Aliran kenderaan masuk ke ibu negara meningkat
Jalan mula sesak di Lebuh Raya Persekutuan berikutan orang ramai mula berkerja hari ini selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dan pekerjaan dibenarkan beroperasi semula. Gambar: ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
 
 
KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dilihat memasuki ibu negara pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada Isnin.

Tinjauan Astro AWANI mendapati, aliran kenderaan menuju ke pusat bandar raya semakin banyak bermula kira-kira jam 7 pagi, dipercayai dinaiki oleh pekerja yang memulakan tugas semula di pejabat pada hari ini.

Keadaan ini berbeza dengan suasana jalan dan lebuh raya yang agak lengang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini.

Walaupun begitu, tinjauan mendapati aliran trafik agak lancar dan tiada kesesakan berlaku antaranya di Jalan Sultan Ismail, Jalan Duta dan Jalan Ampang.

PKPB dilaksanakan bermula hari ini seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu.

Muhyiddin berkata, pembukaan semula aktiviti ekonomi di seluruh negara secara terkawal dan berhati-hati itu diambil bagi memulihkan semula ekonomi negara selepas PKP dikuatkuasakan sebelum ini.

Menerusi PKPB, sebahagian besar daripada aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan kecuali melibatkan perhimpunan ramai orang. 
 
 

No comments: