Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, waktu operasi premis berkenaan ditetapkan dari 9 pagi sehingga 3 petang pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad.
“Kami telah meneliti kembali keperluan beberapa jenis perniagaan berkaitan bagi Negeri Sembilan dan memutuskan membuat penambahbaikan tatacara bagi perkara berkenaan.
“Premis perniagaan melibatkan barangan elektrik dan elektronik, alat telekomunikasi, dan alat ganti kereta dan motor dibenarkan beroperasi dari 9 pagi sehingga 3 petang pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad sahaja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Tambah Aminuddin, premis penjualan makanan, ubatan dan keperluan berkaitan haiwan peliharaan, dan hardware yang sebelum ini dibenarkan boleh beroperasi pada hari Rabu dan Sabtu sahaja kini diberi kelonggaran daripada segi pertambahan hari.
“Selama ini ia dibenarkan operasi dua hari seminggu sahaja.
“Kini kita membenarkan beroperasi selama tiga hari iaitu pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad dari jam 9 pagi hingga 3 petang .
“Peraturan ini berkuat kuasa mulai 2 Mei 2020 (Sabtu) dan kerajaan Negeri Sembilan akan menilai semula peraturan-peraturan tersebut berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa,” katanya. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment