KUALA LUMPUR – Tindakan bekas Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertubi-tubi mengkritik keputusan mahkamah serta melabel Riza Aziz sebagai ‘pencuri’ bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri dilihat sejak dahulu kerapkali menyebut perkataan ‘pencuri’ bagi melabel Datuk Seri Najib Razak dan kini anak tirinya, Riza yang dilepaskan tanpa bebas oleh mahkamah baru-baru ini juga menjadi mangsa kali ini.
Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah tindakan Mahathir cuba mengelirukan umum dengan menyebut terma plea bargain atau tawaran pengakuan yang hanya dilakukan dalam kes berkenaan.
Menurut bekas ahli seumur hidup DAP, Dr. Shamsher Singh Thind tindakan Mahathir itu tidak lebih daripada membuktikan ‘kebodohan’ dirinya selain sentiasa berfikir dirinya akan terlepas begitu sahaja selepas mengeluarkan kenyataan-kenyataan syok sendiri.
Kata Shamsher ketika dalam ruang bicara Al-Hajari Studios malam ini, kenyataan Mahathir bukan sahaja ‘bodoh’ sebaliknya sangat mengelirukan umum.
“Tun bukan salah tafsir, beliau memang sengaja main bantai seronok cakap. Itu sahaja. Kononnya plea bargain itu baharu, sebenarnya sudah lama namun ianya hanya dimasukkan dalam undang-undang sekitar tahun 2010.
“Kedua, dalam kes ini Riza bukan buat rayuan atau tawaran pengakuan seperti yang Tun Mahathir cakap, kononnya beliau telah mencuri dan membayar separuh daripadanya untuk dilepaskan.
“Malah
mana pula Riza buat pengakuan salah? Sebaliknya dalam kes ini,
pendakwaan yang membuat keputusan untuk memberhentikan pendakwaan
mereka, hakim tidak ada apa-apa kuasa selain daripada menerima cadangan
pendakwaan. Itu yang telah berlaku.
“Kenapa Tun Mahathir tanya soalan bodoh mengapa hakim lepaskan Riza? Patutnya anda tanya balik mengapa pendakwaan iaitu dalam kes ini Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram bertindak menghentikan prosiding ini.
“Sama seperti ketika ini pembangkang terkinja-kinja tanya soalan, mengapa lantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana ke-8 padahal pembangkang ‘bebal’ ini patut bertanya mengapakah Perdana Menteri ke-7 meletak jawatan?
“Sebenarnya Tun Mahathir sengaja tanya soalan bodoh. Kemudian bertindak melakukan comtempt of court (menghina mahkamah) atau menghina keputusan hakim sambil melabel Riza sebagai pencuri padahal beliau tidak pula di dakwa atas kesalahan mencuri sebaliknya penggubahan wang haram,” katanya yang juga seorang peguam.
Jelas Shamsher, menurut seksyen 254(1) KPJ, apabila pendakwa raya termasuk timbalannya pada bila-bila masa semasa perbicaraan memaklumkan mahkamah bahawa pendakwaan terhadap seseorang tertuduh tidak akan diteruskan.
Maka mahkamah tidak mempunyai apa-apa pilihan selain daripada melepaskan tertuduh itu, katanya.
“Itu yang berlaku dalam kes ini malah ada sesuatu yang pelik sebenarnya dalam kes ini. Kes yang sebenarnya boleh dikompaun telah di bawa terlebih dahulu ke mahkamah, dibicarakan kemudian barulah mereka bertindak kompaun. Yang mempunyai kuasa kompaun itu adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dalam kes seperti ini, SPRM boleh guna budi bicara dan kompaun, bayar denda kemudian lepas tetapi dalam kes Riza, unik sekali. Bawa naik mahkamah dulu, kemudian barulah dikenakan kompaun. Jadi Tun Mahathir, kena tanya sendiri kepada SPRM dan bekas AG (Peguam Negara), Tommy Thomas bukannya tetiba terkejut seperti ini,” tegasnya.
Malah Shamsher juga sempat membandingkan kes Riza dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kes banglonya.
“Walaupun ianya hampir sama, tetapi masih ada bezanya. Antaranya, Riza lepas tanpa bebas sebaliknya juga telah dikenakan sejumlah besar kompaun termasuk memberikan kepada kerajaan beberapa asetnya. Riza sebenarnya tidaklah terlepas begitu sahaja.
“Guan Eng tidak pula pulangkan banglonya atau dikenakan apa-apa kompaun. Lepas dan bebas guna budi bicara Peguam Negara. Peliknya tidak banyak bunyi ketika itu dan kini oleh geng pembangkang mahupun Tun Mahathir.
“Ketika Guan Eng bebas, memang Tun Mahathir ada melahirkan rasa terkejut yang ‘amat sangat’ tetapi pada masa sama beliau turut meminta kita semua menerima kerana itu adalah keputusan mahkamah yang perlu di hormati.
“Dalam kes Riza pula, beliau double standard,
menuduh melabel Riza malah mempersoalkan keputusan hakim walhal itu
bukanlah keputusan atau budi bicara Peguam Negara yang ada kini. Nampak
tidak perangai Tun Mahathir ini,” soalnya. –MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment