KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka mampu mencecah jualan RM2,300-RM2,400 bagi satu tan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan
Yaakub berkata, peningkatan itu pasti melegakan puluhan ribu pekebun
kecil, malah menguntungkan pihak industri yang terkesan ekoran jumlah
eksport menyusut beberapa bulan lalu.
“Perkembangan positif ini juga akan membantu
menampung perbelanjaan keluarga ketika negara di landa pandemik
COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
BACA: India kembali beli minyak sawit dari Malaysia
Sebelum ini, harga minyak sawit terendah pernah dicatatkan pada Disember 2018 iaitu sebanyak RM1,794.50 satu tan dan RM1,879.00 satu tan (Julai 2019) bagi tempoh 2016-2019.
Ahmad Jazlan berkata, perkembangan itu pastinya amat mengembirakan MPOB dan kerajaan kerana komoditi sawit juga turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.76 peratus yang berjumlah 64.84 bilion.
Dalam perkembangan berasingan, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan India kerana tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis yang sekaligus membantu meningkatkan ekspot Malaysia ke negara berkenaan.
“Kenaikan harga ini berlaku berikutan daripada
hubungan diplomatik Malaysia-India semakin baik di bawah pemerintahan
Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kerajaan Perikatan Nasional yang
mengambil alih tampuk pimpinan sejak Mac 2020,” katanya.
No comments:
Post a Comment