Sunday, May 24, 2020

COVID-19: Kit Siang tak perlu malu puji kerajaan PN

ainulillia


Pengakuan kejayaan perangi wabak patahkan tuduhan PN gagal tanganinya

BANGI – Lim Kit Siang tidak perlu malu atau segan untuk menyatakan bahawa rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana berjaya menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata demikian bagi mengulas tulisan terbaharu veteran DAP itu di laman blognya mengenai kejayaan Malaysia memerangi COVID-19.

Kit Siang berkata, rakyat rasa berterima kasih kerana Malaysia telah keluar dari kategori 20 negara paling banyak jumlah kes COVID-19 yang disahkan di dunia, di mana negara berada di tangga ke 18 apabila PKP dilaksanakan pada 18 Mac tetapi sekarang negara berada di tangga ke 56.

Mengulas tulisan itu, Dr Kamarul berkata, pengakuan Kit Siang mengenai kejayaan kerajaan PN menangani pandemik COVID-19 ini adalah satu hadiah hari raya yang berharga.

Ini kerana, katanya, kenyataan Kit Siang itu sekali gus menafikan tuduhan beberapa pemimpin parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan tertentu bahawa kerajaan PN gagal menanganinya.

“Sayangnya, Lim Kit Siang tidak pula berani menyebut rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada siapa.

“Sepatutnya Lim Kit Siang lebih berterus-teranglah mengenai kejayaan kerajaan PN ini. Walaupun kita pembangkang, tetapi bila kerajaan buat benda baik kita kenalah akuinya,” katanya lagi.


No comments: