Sunday, May 24, 2020

Bantu polis buat laporan – Ismail Sabri

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselematan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa orang ramai digalakkan membantu pihak polis untuk membuat laporan sekiranya berlaku kesesakan di mana-mana kawasan untuk pihak polis turun mengawal keadaan.

“Menyebarkan berita benar, kita galakkan bagi membantu pihak polis untuk mengambil tindakan.

“Ada beberapa berita yang pernah saya sebutkan, di viralkan tentang kesesakan berlaku di sesuatu kawasan, disebarkan. Berita itu dapat kepada pihak polis.

“Pihak polis terus menghantar anggota mereka untuk mengawal kesesakan yang berlaku di situ. Ada satu restoran, didapati terlalu ramai orang, disebarkan berita tersebut, dan akhirnya pihak polis ambil tindakan dan menutup restoran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Bagaimanapun, sebaliknya jika berita yang disebarkan adalah berita palsu dan beliau memberi amaran bahawa bukan sahaja orang membuat berita palsu akan dikenakan tindakan, namun mereka yang didapati menyebarkan juga akan dikenakan tindakan oleh pihak polis.- HARAKAHDAILY


No comments: