Sunday, May 3, 2020

Bangunan Selangor Mansion digempur Imigresen

Oleh Faris Fuad
Pihak berkuasa menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menjalankan operasi. - Ihsan pendudukPihak berkuasa menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) ketika menjalankan operasi. - Ihsan penduduk



KUALA LUMPUR: Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), digempur Jabatan Imigresen, hari ini.

Bangunan itu didiami majoriti warga asing daripada beberapa negara termasuk Pakistan dan Bangladesh.

Serbuan yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dijalankan selama lebih tiga jam bermula jam 9 pagi tadi.

Difahamkan, operasi mengesan pendatang asing tanpa izin (PATI) itu dilaksanakan berikutan keseluruhan kawasan yang digempur dipasang kawat duri berikutan perintah PKPD.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan di bangunan itu yang mahu dikenali sebagai Deen memaklumkan, semua penghuni memberi kerjasama penuh terhadap operasi dilakukan pihak berkuasa.

"Semua ikut arahan pihak berkuasa termasuk amalkan penjarakan sosial dan memakai topeng muka.

"Mereka (pihak berkuasa) juga dilihat menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelmarin, operasi sama turut dilakukan Imigresen di Masjid India, di sini.

Difahamkan, operasi berkenaan tertumpu kepada ratusan warga asing yang tinggal di Menara City One dan sekitar kawasan Masjid India.

LIHAT VIDEO DI SINI


No comments: