Friday, May 22, 2020

20 ADUN Sabah tidak hadir majlis sokong Shafie kerana SOP PKPB

Muhammad Azizul Osman
MGF18012020_KETUA-MENTERI-RAIH-UNDI-PRK-KIMANIS_04-681x454
Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Dakwaan ketidakhadiran lebih 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dalam majlis menyatakan sokongan kepada Ketua Menterinya, Datuk Seri Shafie Apdal adalah tidak benar.

Menurut Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, majlis itu telah dihadkan kepada 20 jemputan sahaja kerana mematuhi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa.

“Tidak timbul isu hanya jumlah tersebut sahaja yang menyokong, manakala yang gagal hadir pula dianggap sebagai tidak menyokong Kerajaan Sabah seperti yang ditularkan pembangkang.

“Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, maka hanya jumlah tersebut yang hadir dan cukup kerana telah mempunyai wakil daripada semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan UPKO.

“Berdasarkan kehadiran ini sebenarnya jelas membuktikan bahawa keempat-empat parti yang menjadi komponen dalam pentadbiran negeri Sabah kekal kukuh dan utuh dalam menyokong kepimpinan Mohd. Shafie sebagai Ketua Menteri terutamanya dalam perjuangan untuk mengembalikan semula hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media hari ini melaporkan ketidakhadiran lebih 20 ADUN Sabah itu memberikan isyrat bahawa kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri negeri itu goyah.

Perkara itu diberitahu Ketua Pemuda Umno Sabah Abdul Aziz Julkarnain.

Majlis menyatakan sokongan kepada Shafie yang diadakan pada 15 Mei lalu didakwa tidak dihadiri oleh 24 ADUN lain termasuk 3 timbalan ketua menteri, iaitu Wilfred Madius Tangau (Upko), Christina Liew (PKR) dan Jaujan Sambakong (Warisan). -MalaysiaGazette


No comments: