Beliau ketika membaca semula keterangan bertulisnya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa mendapt arahan itu menerusi panggilan telefon pada hari yang sama sepatutnya ke suruhanjaya itu.
Saksi ke-42 itu kemudian membuat keputusan untuk lari ke Bangkok bersama isterinya kerana mendakwa takut dengan kuasa Datuk Seri Najib Razak yang pada waktu itu merupakan Perdana Menteri.
“Pada 2015, saya ada menghubungi pejabat SPRM untuk membuat temu janji berjumpa untuk menjelaskan berkenaan SRC yang sedang disiasat mereka. Sebelum saya pergi ke pejabat SPRM, saya menerima panggilan daripada seorang yang tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai wakil SPRM.
“(Dia) menyatakan kepada saya agar tidak pergi ke pejabat SRPM seperti yang dijanjikan dan mengarahkan saya untuk meninggalkan Malaysia. Katanya, ketika di Bangkok saya bertemu dengan seorang lelaki Thailand yang menyerahkan tiket penerbangan untuk saya dan isteri ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
“Saya dan isteri menaiki penerbangan ke Abu Dhabi daripada Bangkok. Di sana, saya dibawa ke Hotel Rosewood dan tinggal selama lebih kurang seminggu. Segala kos tiket penerbangan dan penginapan diatur namun saya tidak mengetahui siapa yang menanggung kos berkenaan,” katanya pada prosiding perbicaraan kes yang masuk hari ke-29.
Turut menghubungi dan mengarahkan perkara yang sama selepas itu adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil.
“Selepas kembali, saya dihubungi oleh Nik Faisal Ariff Kamil (bekas Ketua Pegawai Eksekutiif SRC) yang mengarahkan saya untuk melarikan diri sekali lagi daripada Malaysia.
“Saya membuat keputusan untuk tidak melarikan lagi dan kekal di Malaysia bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
Dalam keterangannya Suboh yang dilantik sebagai Pengarah SRC pada 1 Ogos 2011 berkata, syarikat itu membuat permohonan pinjaman kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) untuk mendapatkan pembiayaan sebagai RM4 bilion bagi modal kerja dan pelaburan di luar negara.
Terdapat dua permohonan yang dibuat secara berasingan iaitu RM2 bilion pada 2011 dan RM2 bilion pada 2012.Suboh berkata, pinjaman pertama dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah SRC pada 23 Ogos 2011 melalui cadangan dibentangkan bekas Nik Faisal.
Suboh, 68 terdahulu dilaporkan melarikan diri ke luar negara sejak 2015 dan hanya kembali pada Jun 2018 di bawah program perlindungan saksi. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment