Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Khoo Kay Kim kekal kata Malaysia tanah Melayu hingga akhir hayat
DALAM
kalangan orang Cina, sebut sahaja tiga nama ini kepada ultra kiasu –
Khoo Kay Kim (Universiti Malaya), Teo Kok Seong (Universiti Kebangsaan
Malaysia) dan saya, Tee Chuan Seng @ Ridhuan Tee – lalu akan dikatakan,
mereka inilah pengkhianat kepada kaum Cina, hanya kerana mereka berkata
benar, berpaksikan sejarah dan Perlembagaan.
Itulah
kata-kata yang saya kongsikan ketika bertemu dengan Eddin Khoo, anak
mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, ketika beramah mesra
mengenai Sijil Peperiksaan Bersepadu sekolah persendirian Cina (UEC).
Selasa
lalu, Malaysia berdukacita. Kita kehilangan seorang sejarawan yang amat
disegani. Hidup matinya untuk Malaysia tercinta, tanpa berbelah-bahagi.
Mana mungkin dicari galang gantinya. Saya sempat menziarah mendiang pada
Khamis.
Kepada
keluarga dan anaknya, Eddin Khoo, yang saya kenali selaku Pengerusi
Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) saya ucapkan takziah. Percayalah,
jasa ayah saudara Eddin akan dikenang sepanjang hayat sebagai seorang
tokoh sejarah negara yang tidak ada galang ganti. Mendiang sentiasa
berkata benar meskipun dicemuh ultra kiasu.
Saya ada
beberapa kali sepentas dengan mendiang membincangkan beberapa isu
mengenai sejarah Malaysia. Memang mendiang seorang yang hebat,
sehinggakan persoalan yang dilontar memaksa saya mencari jawapannya.
Antara
soalan ‘killer’ mendiang yang sukar untuk dijawab, terutama ultra kiasu
adalah, kenapa Malaysia mempunyai sembilan Raja-Raja Melayu, berbeza
dengan dunia lain yang hanya ada satu sahaja? Pelikkan? Saya yakin,
ramai yang tidak boleh menjawab, terutama ultra kiasu. Lagipun mereka
tidak suka kepada sistem beraja.
Begitu
juga dengan soalan, siapakah orang pertama mengelilingi dunia. Kepada
mendiang, orang Melayulah yang pertama sekali mengelilingi dunia, bukan
orang Barat atau orang lain. Bukan Ferdinand McGallen atau Christopher
Columbus.
Mendiang
dengan tegas menyebut orang pertama mengelilingi dunia adalah orang
Melayu iaitu Panglima Awang atau Henry the Black atau Enrique. Ultra
kiasu tidak nampak semua itu.
Terbeliak
anak mata saya mendengar hujahannya. Apabila dikaitkan dengan Melayu dan
kehebatannya, sudah tentu ultra kiasu tidak selesa. Apatah lagi apabila
membincangkan bagaimana asal usul negara ini berasaskan kepada sistem
kenegaraan Melayu.
Mendiang
konsisten dengan kejujuran ilmunya bahawa Malaysia itu adalah Tanah
Melayu. Tanah Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu
dan Bumiputera serta Raja-Raja Melayu berpisah tiada. Tonggak negara.
Sejarah ini tidak boleh dipadamkan. Semua ini mesti didaulatkan dengan
apa cara sekalipun sehingga menggusarkan ultra kiasu.
Bacalah
dalam laman sosial bagaimana ultra kiasu berpesta apabila perginya
seorang pejuang yang sukar diganti ini. Lambakan cacian dan makian
dilontarkan ultra kiasu tanpa segan silu. Memang mereka ini tidak layak
tinggal di bumi bertuah ini. Kewarganegaraan perlu ditarik balik.
Tidak
cukup dengan itu, mendiang bertegas bahawa sistem pendidikan negara
perlu disusun. Sekolah pelbagai aliran terutama sekolah vernacular tidak
membantu kepada pembinaan negara bangsa. Sejak daripada kecil lagi
rakyat sudah dipisahkann mengikut aliran dan bahasa ibunda
masing-masing. Apabila dewasa, semangat kerjasama dan persefahaman sukar
untuk dijalin.
Apakah
kita tidak melihat semua ini. Katanya mengikut sejarah, British
membenarkan penubuhan sekolah pelbagai bahasa di Tanah Melayu kerana
kebanyakan pendatang ketika itu tidak mempunyai niat untuk menetap di
negara ini.
Justeru,
British membenarkan mereka membuka sekolah menggunakan bahasa ibunda
masing-masing supaya mereka dapat belajar mengenai negara sendiri
Bagaimanapun,
sistem ini tidak lagi perlu diteruskan sekarang kerana mereka sudah
menjadi warga negara Malaysia dan perlu dididik supaya menerima negara
ini dan masyarakat berbilang kaum yang ada di sini sebagai sebahagian
daripada diri mereka.
Mendiang
juga berkata kebanyakan rakyat negara ini tidak tahu dan tidak memahami
sejarah negara sehingga menyebabkan mereka berfikir secara sempit.
Menyindir ultra kiasu, mendiang berkata, ada segelintir ahli politik
yang lebih mengutamakan kepentingan diri dan agenda masing-masing,
berbanding matlamat utama negara bangsa.
Kata
mendiang dengan tegas, ada ahli politik kita yang tidak mahu
berintegrasi dan lebih suka kepada pemisahan, dan lihatlah bagaimana
negara kucar-kacir kerana adanya ahli politik yang tidak mengutamakan
negara bangsa, tetapi lebih kepada agenda sendiri.
Rujukannya
tidak lain ialah ultra kiasu. Ayuh pemimpin kerajaan hari ini, sekadar
mengucapkan takziah, bersedih dengan pemergiannya tidak cukup. Mari kita
bersama laksanakan amanat yang telah ditinggal demi kesejahteraan
negara tercinta.
Isteri
mendiang sempat menitipkan pesanan sebelum saya meninggalkan majlis –
“jangan lupa perjuangan mendiang Khoo dan menyambung legasi
perjuangannya”. Saya membalas dengan linangan air mata.
Selagi
hayat dikandung badan, selagi itu semangat akan terus membara. Legasi
mendiang Khoo, sejarawan berani yang berkata benar, berpaksi sejarah
tanah air dan berpembagaan, meskipun dihina dan dicerca ultra kiasu,
akan terus diperjuangkan.
Saya mohon
kepada anak-anak muda hari ini, supaya lapangkan masa untuk mengkaji
bahan sejarah yang telah ditinggalkan oleh mendiang. Jika sejarawan
Melayu bercerita mengenai Tanah Melayu, pada saya itu biasa. Tetapi
apabila bangsa lain seperti mendiang, bercerita kehebatan Melayu dan
Tanah Melayu, saya kira itu luar biasa.
Bukan
macam ultra kiasu bercerita mengenai sejarah Tanah Melayu. Pada mereka
Tanah Besar China, lebih penting daripada Tanah Melayu. Sebab itulah
silibus sejarah UEC mereka lebih banyak bercerita mengenai sejarah China
daripada sejarah Melayu walaupun mereka tinggal di Tanah Melayu.
No comments:
Post a Comment