Menurut sumber Malaysia Gazette, sejak isu video itu timbul pada 11 Jun lalu, Anwar dilihat masih gagal menangani jenayah moral dalam partinya sendiri meskipun Haziq Abdullah Abdul Aziz mengakui sebagai pelaku dalam video tersebut dan mengaitkan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
“Di sebalik kejadian video politik jijik itu, peranan Anwar sebagai presiden PKR kini menjadi persoalan kritikal akan keupayaan beliau menanggani isu tersebut.
“Orang yang ‘menconteng arang ke muka’ PKR, Haziq yang melakukan jenayah (mengaku sebagai individu dalam video) sehingga kini tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin oleh PKR sama ada digantung keahlian atau diberi surat tunjuk sebab.
“Umum sekali lagi akan mudah memainkan persepsi bahawa Haziq seolah-olah dilindungi oleh ‘lembaga hitam’ di belakangnya,” katanya hari ini.
Sebelum ini, beberapa gambar dan video intim mirip Mohamed Azmin bersama seorang lelaki iaitu Haziq disebarkan melalui satu grup WhatsApp diberi nama ‘Jemputan Hari Raya’.
Selain gambar dan video intim, beberapa transaksi wang keluar negara melibatkan Maybank dan Deutsche Bank yang bernilai ratusan ribu dolar Amerika turut disebarkan.
Sumber berkata, kegagalan Anwar mengambil tindakan tegas terhadap Haziq dikhuatiri tidak menguntungkan PKR malah konflik dalaman parti itu terus membarah khususnya pertembungan di antara kem Anwar dan Mohamed Azmin.
“Semua langkah perancang serangan politik jijik adalah untuk mengoncang PKR, mahu melaga-lagakan Anwar dan Mohamed Azmin. Ia mahu peperangan politik ini bersemarak dan membakar PKR supaya terus hangus.
“Seandainya Anwar tidak menjalankan peranan sebagai presiden bagi menyatukan ahli-ahli parti, jangan terkejut pertempuran akan tercetus,” kata sumber.
Dalam pada itu, sumber turut mendakwa penyebaran video seks lucah berkenaan mempunyai hubung kait dengan keterdesakan Anwar terhadap jawatan Perdana Menteri kelapan.
“Nampaknya kegilaan Anwar sudah memasuki fasa luar biasa. Umum melihat sebagai ‘watak pendesak’ dek kerana mengidamkan jawatan Perdana Menteri diserahkan segera kepada beliau.
“Andainya kumpulan Otai Reformis sekadar mengeluarkan kenyataan menyokong Anwar dan PKR, mungkin umum tidak begitu ‘terfana’ dengan desakan itu.
“Akan tetapi Otai Reformis ibarat ‘sudu terlebih kuah’ dengan kenyataan agar Azmin berehat dan mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan tarikh penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar. Orang biasa-biasa akan lebih terlihat ini ‘gerakan gelojoh’,” tambah sumber.
Kata sumber lagi, langkah itu dapat dilihat apabila serangan politik kotor dilakukan ke atas Mohamed Azmin selepas minggu pertama umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“Kegemparan selepas sambutan Aidilfitri dengan ‘serangan politik jijik’ ala kes liwat 1998 dengan memangsakan Azmin. Ia menjijik banyak orang seluruh negara.
“Ramai mempersoalkan langkah politik kotor ini digunakan untuk membunuh pesaing politik,” kata sumber lagi. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment