Monday, June 3, 2019

Annuar gelar Mujahid menteri jahil

MALAYSIAKINI

   
Setiausaha Agung Umno menganggap salah seorang anggota kabinet PH, Dr Mujahid Yusof sebagai jahil.

Malah Annuar Musa turut menyarankan menteri terbabit agar belajar daripada salah seorang penceramah terkenal di negara ini.

"Jahilnya menteri... sila ikuti kuliah Ustaz Azhar Idrus," ciap bekas menteri kanan itu di Twitter petang ini.

Mengiringi ciapan tersebut ialah pautan kepada berita Malaysiakini mengenai Mujahid.

Melalui berita itu Mujahid meminta umat Islam di negara ini tidak fobia dengan sebarang majlis yang diadakan di rumah ibadat agama lain selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu program seperti berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir di Gudwara Shaib d Johor pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu.

Katanya tujuan utama penganjuran majlis berkenaan adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Minta buat rujukan
 
Malah, katanya majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

"Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia," katanya.

LIHAT TWITTER DI SINI

No comments: