Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi
menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini
bagi menyertai himpunan "mempertahankan kedaulatan Islam".
Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.
Program anjuran Ummah itu turut mendapat sokongan pemimpin Umno dan PAS yang telah menyatakan kesediaan untuk mengerahkan anggota parti masing-masing.
Ia ditambah lagi dengan penahanan pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin dalam satu wawancara minggu lalu menegaskan pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina agama selain menyifatkan perhimpunan berkenaan sebagai usaha untuk menghasut umat Islam di negara ini.
LANGSUNG
Bersurai dengan aman
Sebelum itu, Naib Presiden PAS Idris Ahmad membacakan doa penutup perhimpunan berkenaan dalam keadaan hujan lebat.
Sesudah itu, penganjur mengumumkan peserta perhimpunan supaya bersurai dengan aman.
Penganjur juga meminta peserta untuk tidak meninggalkan sampah sarap serta pulang dengan berhati-hati.
Dalam basah hujan, Ashraf Wajdi dakwa raja dihina
2.58pm: Sogo - Hujan mula turun ketika Pemuda Umno Ashraf Wajdi Dusuki mula memberikan ucapannya.
Menurutnya, perhimpunan hari ini cuma permulaan kepada perhimpunan lebih besar.
Katanya, rakyat tidak boleh menerima jika institusi raja-raja Melayu dipermainkan.
“Terbaru raja-raja Melayu dihina, dalam perlembagaan kita kena pertahankan institusi raja-raja dan pertahankan martabat serta kesucian Islam.
“(Ada) kata raja Melayu perompak, dalam forum itu ada Peguam Negara Negara Tommy Thomas.
Kita mesti desak Tommy Thomas letak jawatan. Dia tak layak jadi peguam negara, dia biarkan raja Melayu dihina,” katanya sambil disambut sorakan “Allahuakbar”.
Ketika beliau hampir menghabiskan ucapannya, hujan turun bertambah lebat.
Kelihatan peserta mula beralih ketepi jalan untuk berteduh namun ada antara mereka yang tetap tidak berganjak dengan membuka payung dan memakai baju hujan.
Selain itu kelihatan peniaga kecil tidak melepaskan peluang menjual baju hujan kepada peserta perhimpunan.
Berhimpun kerana tak puas hati pada PH - peserta
Sebaliknya, menurut salah seorang peserta himpunan, Akhmal Haris, 48, dari Jerlun, Kedah, ia lebih kepada ketidakpuasaan hati rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Saya sertai himpunan hari ini bukanlah kerana Statut Rom tetapi lebih kepada ketisakpuasan hati terhadap kerajaan.
“Pimpinan sedia ada hari ini dilihat sengaja memberi tekanan kepada rakyat, bukan sahaja isu Statut Rom tetapi semua apa yang berlaku di dalam negara ini,”kata Akhmal yang tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 10.00 pagi tadi dari Jerlun, Kedah.
Negaraku bergema
2.20pm:
Sogo - Kira-kira 700 orang berhimpun sambil duduk di Jalan Tuanku Abdul
Rahman berdekatan dengan Sogo sementara menunggu peserta perhimpunan
yang sedang berarak dari Masjid Jamek tiba.
Mereka juga menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku.
Cuaca di hadapan Sogo agak mendung namun peserta tetap berganjak dari terus mendengar ucapan berkenaan.
TMJ di hati pendemo
Peserta mula berarak
1.52pm: Sogo - Laungan “Daulat Tuanku” dan “ Allahuakbar” bergema di hadapan pusat beli belah Sogo oleh peserta perhimpunan Ummah.
Kira-kira 400 peserta perhimpunan dari Umno dan PAS mula membanjiri hadapan pusat membeli belah itu.
“Hari ini hari bomba, sepatutnya bersama Bomba, bersama tunang tapi beliau mati sia-sia, kalau kita tak pertahankan siapa nak (pertahankan),” katanya sambil menerima sorakan peserta perhimpunan itu.
Orang ramai dijangka bakal bertambah kerana ingin mendengar kumpulan busking menyanyi kurang 10 meter dari peserta perhimpunan Ummah berkumpul.
Malaysiakini difahamkan seramai 30 anggota trafik mengawal lalu lintas sepanjang perhimpunan ini berlangsung.
Dianggarkan seramai 60 anggota polis dari pelbagai balai polis seperti Sentul, Dangi dan Cheras mengawal keadaan hari ini.
Selain itu seorang anggota unit amal memaklumkan seramai 200 anggotanya mengawal perjalanan perhimpunan hari ini.
Keadaan trafik di hadapan Sogo agak sesak namun terkawal dengan bantuan polis trafik.
Peserta mula berarak
1.50pm:
Masjid Jamek: Peserta Himpunan sudah mula bergerak ke pusat beli-belah
Sogo sambil melaungkan “Hidup Islam”, Bangkit Ummah dan Hidup Islam.
KL akan penuh, kata Lokman
“Kita tak boleh jangka tapi bakal penuh.
“Seluruh Malaysia kita dah buat seruan suruh orang datang,” katanya.
Kebanyakan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk berswafoto dengan Lokman.
Turut kelihatan beberapa gerai dibuka menjual kemeja-T dan mafla dengan tulisan “penyatuan ummah” dan “himpunan perpaduan Ummah”.
No comments:
Post a Comment