Bebas bersuara bukan menghina, Bakthiar kena bersyahadah semula
BANGI
– Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan Timbalan Menteri Pelancongan, Muhammad
Bakthiar Wan Chik yang telah memuat naik status Facebook mempersenda
kesucian Islam dalam bulan mulia ini.
Status yang dimuat naik Muhammad Bakthiar pada 10.33 malam tadi, dan diedit sembilan jam kemudiannya berbunyi:
“Jom tido awal, esok awal pagi kita ke masjid mengejar Lailatulqadar. Tadi dah Lailatulkamdar.”
Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris
yang menyifatkan tindakan itu sebagai jahil murrakab berkata, perkara
itu tidak patut dilakukan seorang Islam, tambahan pula beliau seorang
yang berpangkat ‘timbalan menteri’.
“Sekalipun dalam piagam Islam Liberal
yang meletakkan ‘kebebasan’ itu adalah keutamaan, daripada seorang itu
terikat dengan hukum hakam, namun menjadikan malam yang Allah SWT
letakkan kedudukannya sebagai malam paling mulia dan istimewa, adalah
suatu perbuatan melampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jahil murakkab adalah: “Suatu ibarat yang
diletakkan kepada seseorang yang kita tidak selamat dari kejahilannya
(iaitu kejahilannya memberi mudarat kepada orang lain)” – Al-Mu’jam
Al-Wasith.
Di sisi Ibn Al-Qayyim pula jahil murakkab
adalah kejahilan tokoh-tokoh pegangan yang bathil. – Badai’ Al-Fawaid,
Ibn Al-Qayyim (4/209).
Jahil murakkab adalah suatu sifat yang
tercela. Ini kerana, bukan sekadar dirinya jahil bahkan dia
mempertahankan kebatilan itu dengan menganggap ia sebagai suatu
kebenaran. Justeru, kemudaratan darinya lebih banyak dan berganda
terhadap orang lain. – Irsyad Usul Al-Fiqh Siri Ke-35: Definisi Jahil
dan Pembahagiannya (Mufti Wilayah Persekutuan).
Justeru, Muafakat menggesa Muhammad
Bakthiar agar segera bertaubat dan memohon maaf secara terbuka, sama
seperti yang beliau tanpa segan silu mempersenda agama Islam secara
terang-terangan.
Dalam kenyataan sama, Muafakat turut
mendesak beliau untuk segera bersyahadah mengucap dua kalimah syahadah,
serta tidak mempersenda ayat-ayat al-Quran.
“Dalam kaedah fiqah, bergurau senda
terhadap ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Quran adalah dilarang dan
hukumnya haram lagi berdosa besar.
“Jika beliau seorang berilmu dan sengaja
mempersendakan ayat al-Quran dengan tujuan membuat orang lain ketawa,
perbuatan ini boleh menyebabkan gugur iman,” katanya.
No comments:
Post a Comment