ISMA WEB
Program Rehiring tamat pada 30 Jun 2018 dan tidak disambung
KUALA LUMPUR
– Jabatan Imigresen menahan dua pengarah serta seorang pegawai
pemasaran sebuah syarikat agensi pekerjaan di Seri Kembangan dekat sini,
kerana disyaki menawarkan khidmat pendaftaran program pemutihan warga
asing yang tidak lagi wujud.
Ketua
Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, tangkapan dibuat
pagi semalam di pejabat syarikat itu di kawasan perniagaan Desa Ria,
Seri Kembangan, menerusi operasi bersepadu antara Jabatan Tenaga Kerja
Kementerian Sumber Manusia dan Pasukan Petugas Antipemerdagangan Orang
(MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Beliau
berkata, hasil pemeriksaan, sejumlah 29 pasport asing, resit pendaftaran
serta iklan dirampas untuk tindakan lanjut selain menahan seorang warga
asing disyaki menyalahgunakan pas dengan bekerja di premis berkenaan.
“Hasil
risikan mendapati individu atau syarikat berkenaan dikesan menyasarkan
majikan dan pendatang tanpa izin untuk mendaftar program itu menerusi
media sosial dengan mengenakan bayaran tertentu sebagai deposit.
“Jabatan
Imigresen memandang serius perkara ini kerana ia adalah satu sindiket
penipuan. Program Rehiring telah tamat pada 30 Jun 2018 dan tidak
disambung lagi selepas itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Khairul
Dzaimee berkata, pihaknya percaya penipuan oleh syarikat itu dilakukan
sejak Februari lalu dengan mengaut keuntungan atas angin bagi sejumlah
pendatang tanpa izin yang kononnya didaftarkan untuk diputihkan.
“Pengarah
dan pegawai pemasaran yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen
56(1)(f) Akta Imigresen 1959/1963. Saya ingin menasihatkan majikan
supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran sedemikian
serta merujuk kepada Imigresen bagi mendapatkan khidmat nasihat dan
maklumat berkaitan.
“Kami beri
amaran kepada mana-mana syarikat agensi pekerjaan yang didapati
terbabit dalam aktiviti penipuan seperti ini supaya menghentikannya
serta merta atau bakal berdepan dengan tindakan tegas,” katanya.
Beliau
berkata, tindakan itu adalah untuk memastikan individu berkaitan yang
mengambil kesempatan ke atas majikan dan warga asing dikenakan tindakan
sewajarnya, seterusnya tiada lagi majikan dan warga asing ditipu. –
Bernama
No comments:
Post a Comment