ALOR SETAR: PAS yakin
sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat Pakatan
Harapan (PH) sukar untuk mempertahankan kerajaan.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Ustaz
Hashim Jasin berkata, berdasar perkembangan semasa sekarang kemungkinan
banyak negeri akan dirampas semula pakatan PAS dan Umno.
Bagaimanapun katanya ada pemimpin PH mendakwa hubungan PAS dan Umno akan merosot menjelang PRU15.
“Tetapi yang sebenarnya hubungan mereka sesama rakan PH yang dilihatsemakin merosot sekarang,” katanya
kepada media ketika menghadiri majlis iftar perpaduan anjuran Dewan
Pemuda PAS Kedah di Kompleks PAS Batu 9 petang semalam.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah Dr
Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi, Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Dato' Seri
Jamil Khir Baharom, kepimpinan Pemuda PAS serta Umno.
Baru-baru ini Presiden PKR Dato' Seri
Anwar Ibrahim dilapor mendakwa taawun perpaduan antara PAS dan Umno
dianggap bersifat sementara dan akan semakin merosot menjelang PRU15. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment