Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO mendesak agar kerajaan PH segera membuat bayaran sebelum tiba hari raya.
“Kalau di tanah rancangan Felda, peneroka berdepan pendapatan rendah kerana harga sawit antara RM300 hingga RM350 setiap tan (buah tandan segar), namun setelah ditolak pelbagai hutang, maka pendapatan bersih peneroka hari ini sekitar lebih kurang RM500.
“Malah ada yang hanya berbaki serendah RM50 sahaja.
Duit raya dan bonus yang kebiasaan mereka dapat setiap tahun sebelum hari raya nampaknya tidak mungkin akan mereka peroleh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, pekebun kecil RISDA pula kebiasaannya akan mendapat bayaran dan agihan dividen untuk program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) selepas minggu kedua bulan puasa setiap tahun juga masih tidak ada khabar berita.
“Untuk Felcra pula kebiasaannya kerajaan BN dahulu akan membayar dividen interim sebelum raya untuk meringankan persiapan menyambut raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas Ismail Sabri masyarakat dan rakyat luar bandar khususnya tanah-tanah rancangan sedang bergelut dengan kekangan kewangan di hari-hari akhir ramadhan ini untuk menyambut raya dan Syawal.
“Kesan dari masalah kewangan golongan ini turut menjejaskan peniaga Pasar Ramadan yang saya sendiri temui apabila tidak ramai orang keluar ke pasar Ramadhan tahun ini,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mendesak agar kerajaan PH segera membuat bayaran sebelum tiba hari raya dan jangan terus menganiayai golongan luar bandar. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment