Pasukan peronda ditugas bagi pastikan keadaan lalu lintas terkawal
KUALA LUMPUR
– Pengguna Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) akan menerima diskaun tol
sebanyak 10 dan 20 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini
pada 5 Jun ini.
Ketua
Pegawai Operasi Divisyen Tol IJM, Wan Salwani Wan Yusoff, dalam satu
kenyataan, berkata pengguna ketiga-tiga lebuh raya yang dikendalikannya
itu akan menikmati diskaun tol bermula dari 12 tengah malam hingga 11.59
malam pada hari tersebut.
“Pengguna
jalan raya yang menggunakan Plaza Tol Mines dan Plaza Tol Loke Yew di
BESRAYA bakal menerima diskaun tol 20 peratus; Plaza Tol Pantai Dalam,
Plaza Tol PJS2 dan Plaza Tol PJS5 di NPE juga diskaun tol 20 peratus
manakala Plaza Tol Ampangan (LEKAS) diskaun 10 peratus.
“Pemberian
ini bagi menyokong hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan
sebagai inisiatif Tanggungjawab Korporat sempena Aidilfitri buat
pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman,” katanya.
Selain
itu, Wan Salwani berkata, pasukan peronda akan ditugaskan bagi
memastikan keadaan lalu lintas di sepanjang lebuh raya terkawal dan akan
menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada pengguna sekiranya berlaku
masalah.
“Ikuti
saluran media sosial kami di Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan
@LEKAStrafik, Instagram #besrayahighway, #npehighway dan #lekashighway.
Sebarang pertanyaan hubungi hotline kami yang beroperasi 24 jam iaitu
1-800-88-0999 (BESRAYA), 1-300-88-1010 (NPE) dan 1-800-88-8021 (LEKAS),”
katanya.
Lebuhraya
LEKAS menyediakan akses kepada pengguna dari bahagian timur Kuala Lumpur
melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Ampang, Cheras dan Kajang
untuk ke Kuala Pilah dan Seremban, manakala pengguna yang ingin ke
Melaka dan Johor boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan selepas
keluar dari Persimpangan Paroi, Lebuhraya LEKAS.
Pengguna yang ingin ke Pahang boleh melalui laluan keluar Persimpangan Ampangan untuk ke Jalan Jelebu.- Bernama
No comments:
Post a Comment