JKR sedia panduan, laluan alternatif kepada pengguna balik kampung
BANGI– Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan maklumat laluan alternatif bagi
memudahkan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman masing-masing di
seluruh negara, sempena cuti Aidilfitri yang bakal disambut 5 Jun ini.
Dalam satu
kenyataan makluman langkah keselamatan dan pemantauan jalan raya di
musim perayaan, sempena Aidilfitri 2019, JKR menjangkakan terdapat
peningkatan aliran lalu lintas di jalan-jalan Persekutuan.
Justeru,
bagi tujuan mengurangkan risiko kemalangan, JKR Malaysia akan mengambil
langkah awal untuk meningkatkan keselamatan dan mengadakan program
pemantauan jalan raya Ops Bersepadu 15 hari sempena Aidilfitri 2019,
mulai 29 Mei 2019 sehingga 12 Jun.
Antara langkah-langkah keselamatan yang akan dilaksanakan adalah:
Penyenggaraan
Awal Jalan – Kerja-kerja penyenggaraan rutin akan dilaksanakan dan
disiapkan lebih awal kecuali kerja-kerja menampal pothole, kecemasan dan
kritikal.
Penubuhan
Pasukan Peronda – Menubuhkan pasukan peronda di setiap daerah/jajahan
bagi membantu memantau sebarang kerosakan jalan dan kemalangan.
– Pasukan
peronda terdiri daripada kakitangan JKR Daerah yang akan menjalankan
rondaan pada waktu pejabat sahaja (rondaan lebih kerap dijalankan ketika
hujan sahaja) dan–
Memastikan kerja-kerja kecemasan dilakukan dengan segera dengan gangguan
minimum ke atas lalu lintas dan memberi keutamaan kepada laluan-laluan
utama.
Penyelarasan
Pengurusan Lalulintas Di Setiap Daerah – JKR Daerah akan meberi khidmat
nasihat teknikal dan lain-lain bantuan berkaitan pengurusan lalu lintas
musim perayaan, dan– JKR
Daerah akan membuat penyelarasan di daerah masing-masing bersama Polis
Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan
pengurusan lalulintas yang cekap semasa musim perayaan.
Pemberhentian
Kerja Penyenggaraan dan Pembinaan Dalam Rizab Jalan – Segala kerja
penyenggaraan dan pembinaan dalam rizab Jalan Persekutuan dan Jalan
Negeri akan diberhentikan sementara serta pengalihan semua
jentera/peralatan jauh dari bahu jalan dan dilaksanakan dari 29 Mei 2019
sehingga 12 Jun 2019. Bagaimanapun, pemberhentian kerja penyenggaraan
dan pembinaan ini adalah dikecualikan kepada kerja-kerja menampal
pothole, kecemasan dan kritikal serta kerja pembinaan diluar rizab
jalan.
Penurunan
Had Laju Kebangsaan di Jalan Persekutuan – Penurunan Had Laju Kebangsaan
di Jalan Persekutuan (90 km/j kepada 80 km/j) sepanjang tempoh Ops
Bersepadu dari 29 Mei 2019 sehingga 12 Jun 2019
Pengurusan
Trafik Di Tapak Bina – Menjalankan pemeriksaan ke atas pengurusan
trafik di tapak bina dan memastikan pengurusan trafik di tapak bina
dalam keadaan sempurna.
Jalan
Alternatif bagi Laluan Utama – Sebagai panduan mengurangkan kesesakan
lalu lintas, pihak JKR telah mencadangkan beberapa laluan alternatif
bagi tujuan melancarkan pergerakan trafik di Jalan Persekutuan dan Jalan
Negeri. (klik gambar bawah)
No comments:
Post a Comment