Dr Mahathir Mohamad mempertahankan anaknya, Mukhriz Mahathir, dalam insiden tidak bersalaman dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu.
"Ia bukan apa-apa. Ada kala anda tertinggal sesetengah orang, itu tak bermakna anda memboikotnya.
"Anda perlu maklum bahawa kedua-dua Sultan Ibrahim dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail bersalam dengan saya, dan saya bersalam dengan mereka.
"Yang itu anda tak mahu tunjuk. Tunjuklah," katanya secara berseloroh dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.
Satu rakaman video menunjukkan Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Ibrahim ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 23 Mei lalu, tular di media sosial.
Mukhriz kemudian mengutus surat kepada Sultan Ibrahim untuk memohon maaf atas perkara itu.
'Tiada masalah'
Mahathir berkata beliau tidak melihat sebarang masalah antara Putrajaya dengan istana Johor.
Beliau malah berkongsi perbualannya dengan Sultan Ibrahim ketika bersalaman minggu lalu.
"Biar saya beritahu apa soalannya. Sultan Ibrahim kata 'anda nampak muda'.
"Apa saya kata? 'Saya tiadak janggut macam tuanku'," katanya, disambut ketawa oleh mereka yang hadir di sidang media itu.
Mutakhir ini, Mahathir dan istana Johor bertembung dalam beberapa isu, antaranya Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), pelantikan menteri besar Johor dan Sistem Transit Rapid Johor-Singapura (RTS).
No comments:
Post a Comment