ISMA WEB
Kawasan pakir flat, kondominium tiada CCTV sasaran penjenayah
BANGI
– Sejak sedekad lalu Perodua Myvi menjadi kegemaran ramai, dan kini
kereta itu dikatakan menjadi sasaran paling digemari oleh pencuri.
Setakat ini, lebih 30 kejadian kecurian tayar dan rim Myvi di Pulau Pinang dan Putrajaya, dilaporkan.
Sebabnya?
Oleh kerana menjadi kenderaan kegemaran ramai maka permintaan terhadap
alat gantinya juga meningkat, dan empat tayar serta rim lama kereta Myvi
biasanya bernilai RM350, tetapi jika baharu boleh mencecah sehingga
beberapa ribu ringgit.
Akhbar
berbahasa Cina, Guang Ming melaporkan lebih 20 kereta Myvi baharu
menjadi sasaran pencuri di Pulau Pinang, apabila tayar dan rim dicuri,
dipercayai dilakukan kumpulan sama, berdasarkan modus operandi mereka.
Akhbar itu
melaporkan, penjenayah meletakkan bata di bawah Myvi, dan dalam tempoh
beberapa minit sahaja empat tayar kereta itu ditanggal dan dilarikan.
Untuk
tidak meninggalkan sebarang bukti, kumpulan penjenayah itu dikatakan
menjalankan kegiatan mereka di pakir flat dan kondominium, terutama di
kawasan yang tidak diawasi kamera litar tertutup (CCTV).
Namun, ada netizen yang mendakwa kereta Myvi mereka yang dipakir di tepi jalan turut menjadi sasaran.
Melucukan
ialah, tayar dan rim kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes Benz yang
lebih mahal, dan diletak berhampiran Myvi, tidak pula dicuri.
Bagaimanapun,
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang dipetik
sebagai berkata, setakat ini polis hanya menerima satu laporan pada 5
Mei lalu, apabila dua tayar kereta Myvi dicuri.
Sehubungan
itu, beliau menggesa pemilik kereta yang kehilangan tayar membuat
aduan, bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima lima laporan kes kecurian rim dan tayar kereta di kawasan kejiranan di pusat pentadbiran kerajaan sepanjang bulan ini.
Beliau
berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kes-kes kecurian peralatan
kereta itu berlaku di kawasan apartmen di Presint 9, 11 dan 14.
Namun, kes
itu tidak terhad kepada Perodua Myvi sahaja, sebaliknya pencuri turut
menyasarkan Perodua Aruz, Honda City, Honda CRV dan Honda Jazz.
No comments:
Post a Comment