DETIK DAILY
Oleh Mohd Sayuti Omar
UBN Kelantan mungkin tidak akan mencalonkan semula sekurang-kurang
seorang wakil rakyatnya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang
kerana wakil rakyat itu dikaitkan dengan siasatan SPRM.
Tindakan itu diambil untuk tidak mencemarkan parti itu yang kini sedang
berkira-kira untuk mengambil alih kerajaan Kelantan. Pencalonan wakil
berkenaan diperkirakan akan merosakkan imej Umno Kelantan.
Wakil rakyat berkenaan sebelum ini pernah disiasat oleh SPRM, dan
dikatakan pihak SPM sudah pun bersiap sedia untuk mendakwanya. Bagaimana
kes itu disenyapkan apabila ia dikatakan ada campur tangan orang Kuala
Lumpur.
Mustapa Mohamed dalam kenyataan terbarunya bila ditanya mengenai perkara itu menjelaskan beliau tidak tahu menahu.
Mustapa diminta oleh media massa untuk mengulas kenyataan SPRM Kelantan
yang memberi gambaran ada orang politik terlibat dengan rasuah. Pengarah
SPRM Kelantan tidak menyatakan, orang politik itu daripada parti mana.
Dalam hubungan itu, sebelum ini terdengar juga sekurang-kurang dua orang
wakil rakyat Pas dalam perhatian SPRM. Beberapa laporan kepada SPRM
berhubung penyelewengan dalam beberapa projek pernah dibuat oleh Ngo dan
individu tertentu tetapi belum ada sebarang tindakan
No comments:
Post a Comment