Walaupun DAP pernah berjanji mahu menyaman bekas aktivis parti itu, Mohamed Razali Abdul Rahman dan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dua tahun lepas, namun sehingga ke hari ini parti itu tidak mempunyai keberanian untuk menyaman kedua-dua tokoh berkenaan berkaitan isu janji dana Israel RM 1.2 bilion dan persetujuan DAP
membenarkan Israel membina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson.
Menurut aktivis PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen jika DAP tidak berani menyaman berkaitan dengan dakwaan hubungan parti itu dengan Israel bermakna apa yang didedahkan Razali sebelum ini adalah adalah benar semata-mata.
“Hingga ke hari ini….dah 2 tahun, DAP masih membisu mengenai hubungan parti itu dengan Israel.
Sikap membisu dan keengganan DAP untuk menyaman Razali dilihat masyarakat seolah-olah satu pengakuan bahawa benarlah DAP dilatih oleh ejen Israel untuk tawan Putrajaya bersama Pakatan.
“DAP tidak boleh salahkan masyarakat jika menganggap parti itu bekerjasama dengan Israel. Kerana mereka pun tidak menafikan yang mereka ada menerima latihan dari ejen Israel,”kata Herman dalam Facebook.
Menurutnya, pendedahan Razali mengenai perancangan-perancangan sulit DAP untuk menawan Putrajaya melalui bantuan ejen Israel adalah sangat mengejutkan.
Razali yang mendakwa dirinya adalah Bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, turut mendedahkan bahawa Lim Guan Eng (LGE) mewujudkan kumpulan G17 untuk merangka strategi untuk DAP menguasai Putrajaya mengunakan Pakatan.
Beliau mengatakan bahawa kumpulan G17 yang diketuai oleh Tony Pua ini dilatih selama 3 tahun oleh ejen Israel dan pernah mengadakan sesi latihan sulit di Pulau Pinang, di Hotel Shangg, Johor dan di Hotel Quality Shah Alam, Selangor. Tidak cukup dengan latihan mereka juga diberikan bantuan kewangan dari Israel ketika PRU-13.
Sehingga kini DAP hanya menafikan yang mereka tiada menerima wang 1.2 bilion dari Israel. Tapi bila disemak semua kenyataan Razali memang beliau tidak kata DAP terima wang 1.2 bilion masa PRU-13, tapi itulah nilai yang dijanjikan Israel jika mereka berjaya tawan Putrajaya dan benarkan Israel bina Pangkalan Tentera Laut di Port Dickson. Namun DAP hingga kini masih gagal mencapai apa yang dikehendaki oleh Israel.
LGE juga enggan memberikan respon bila ditanya mengenai kebenaran dakwaan Razali yang kumpul G17 dilatih oleh Israel. Beliau mengelak dan tidak menjawab soalan wartawan mengenai hal ini.
LGE hanya fokus untuk mendedahkan kedudukkan Razali yang dikatakan hanya ahli biasa dan bukan Pengarah Strategik seperti yang didakwa Razali.
Pada 2 Januari 2016, Lim Kit Siang berkata, DAP akan mengemukakan saman terhadap Razali atas pendedahan yang dibuat. Namun pada 4 Januari 2016 Kit Siang mengubah fikiran dan menjelaskan bahawa DAP tidak jadi saman Razali. Kit Siang menyifatkan Razali tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah tetapi lebih sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental. Jawapan dan tindakan Kit Siang ini sangat tidak masuk akal.
DAP kemudian menyerang dan mengugut untuk menyaman pemimpin PAS Dr. Zuhdi Marzuki kerana menyebarkan pendedahan yang dibuat oleh Razali. Namun hingga kini DAP tak berani kemuka saman pada beliau kerana tulisan Zuhdi tidak memberikan locus standi yang kuat untuk DAP bawa ke mahkamah. Zuhdi hanya mengulas kenyataan Razali, bukannya mencipta apa-apa yang boleh disabitkan sebagai fitnah.
No comments:
Post a Comment