SETIU: Gendang
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang semakin dekat telah menaikan semangat
Pemuda Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit dengan mengaktifkan
kembali Cawangan Pemudanya di Kampung Pengkalan Atap.
Ketuanya,
Ustaz Shafizi Ismail berkata, Pemuda PAS Batu Rakit telah berjaya
menghidupkan kembali Pemuda PAS Cawangan Pengkalan Atap yang tidak aktif
sejak 14 tahun lamanya.
Malah, katanya perkembangan lebih
manis lagi apabila cawangan itu berada di tempat yang diwakili oleh Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.
"Alhamdulillah, kita (PAS) telah
berjaya menghidupkan kembali Pemuda PAS Cawangan Pengkalan Atap yang
sudah tidak aktif kira-kira 14 tahun lamanya.
"Kejayaan menghidupkan semula Cawangan
Pemuda ini lebih manis lagi kerana cawangan ini juga berada di cawangan
Adun Batu Rakit (BN), Bazlan Abdul Rahman yang diyakini bakal memberi
impak besar kepada beliau.
"Memandangkan cawangan ini berada di
cawangan wakil rakyat BN, maka usaha yang giat telah dijalankan dan
hasilnya amat memberangsangkan kerana berjaya mengumpul ratusan anak
muda yang cintakan Islam," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap
pada majlis Pelancaran Markas PRU14 Unit Peti Undi (UPU) Bukit Wan oleh
Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, kelmarin.
Ustaz Shafizi yang juga Ahli
Jawatankuasa Pemuda PAS Negeri Terengganu mendakwa Pemuda Cawangan
Pengkalan Atap juga merupakan peserta teramai menyertai konvoi bermotor
Dun Batu Rakit dua minggu lalu.
Mengimbau kenangan lalu, katanya
selepas kekalahan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004, Cawangan PAS
Pengkalan Atap seperti ketandusan tenaga muda bagi membantu jentera
parti peringkat Dun Batu Rakit.
Menurutnya, Pemuda PAS Dun Batu Rakit
menyahut cabaran pimpinan PAS Terengganu yang mensasarkan Dun terbabit
mesti dimenangi bagi membantu parti kembali memerintah negeri ini. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment