Perwakilan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberitahu Majlis Keselamatan pertubuhan tersebut bahawa ribuan pelarian Rohingya yang kini berada di Bangladesh masih belum boleh dihantar pulang.
Menurut Filippo Ghandi, “keadaan di Myanmar masih belum sesuai” untuk 668.000 pelarian Rohingya tersebut pulang, lapor Aljazeera.
Ribuan etnik Rohingya melarikan diri ke negara jiran Bangladesh sejak pihak tentera Myanmar menjalankan operasi kejam di bahagian utara Rakhine pada Ogos tahun lalu.
“Masalah yang dihadapi oleh pelarian-pelarian ini masih belum diselesaikan dan kami tidak melihat terdapatnya usaha-usaha untuk menyelesaikannya. Hak-hak kumpulan etnik ini masih dinafikan sejak berdekat yang lalu,” kata beliau.
Ghandi juga berkata, anggota PBB masih dihalang untuk secara bebas memasuki Rakhine, wilayah yang menempatkan kampung-kampung etnik Rohingya yang dibinasakan oleh tentera Myanmar.
“Kehadiran anggota PBB ke wilayah berkenaan amat penting bagi memantau keadaan keselamatan dan perlindungan, memberikan maklumat bebas kepada pelarian serta untuk menemani mereka apabila pulang nanti,” katanya.
Ghandi memuji usaha yang dilakukan oleh rakyat dan kerajaan Bangladesh bagi membantu pelarian-pelarian berkenaan, namun beliau memberi amaran tentang keadaan buruk yang mungkin menimpa pelarian-pelarian berkena
No comments:
Post a Comment