GEMAS: Seorang pelajar perempuan maut manakala dua lagi pelajar lelaki
cedera akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput di padang Sekolah
Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman, Gemas hari ini.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata dalam kejadian
pukul 10.30 pagi itu, mangsa dikenali, Nur Afini Roslan, 14, pelajar
Tingkatan 2, meninggal dunia di tempat kejadian.
“Nur Afini maut selepas kepalanya terkena bilah pisau traktor mesin
rumput yang sedang memesin rumput di padang sekolah itu. Manakala dua
lain yang cedera ialah Abdullah Hazlan, 14, Tingkatan 2 dan Mohd Farhan
Reza Badrol Hesam, 13, Tingkatan 1.
“Abdullah cedera di bahagian telinga kanan, sementara Mohd Farhan Reza
cedera di bahagian belakang kepala. Mereka yang cedera dihantar ke
Klinik Kesihatan Gemas untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah
siasat, dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian.
Hamazah berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa berada di
padang sekolah itu ketika pemandu traktor menjalankan kerja memesin
rumput di padang sekolah itu.
No comments:
Post a Comment