JERAI: PAS Kawasan
Jerai menerusi MTD Guar Chempedak telah mengadakan majlis ceramah
penerangan isu-isu semasa yang dilangsungkan di Pekan Sungai Yan, di
sini kelmarin.
Ceramah yang juga diadakan sempena
Simulasi PRU14 oleh PAS Kawasan seluruh negeri Kedah itu telah
menampilkan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Turut sama menyampaikan ceramah adalah
Ketua Muslimat PAS Negeri Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali dan
Yang Dipertua PAS Jerai, Ustaz Musoddak Ahmad.
Ceramah disampaikan ternyata penuh
dengan informasi semasa di mana terlihat oleh sambutan menggalakkan
daripada penduduk tempatan yang tidak berganjak mengikuti lontaran
diutarakan.
Penceramah banyak mempertegaskan
mengenai matlamat serta hala tuju PAS dan pendekatan dalam PRU14 nanti
selain komitmen PAS Kedah bertanding di semua Dun dalam matlamat kembali
memerintah.
Turut disentuh dan menarik perhatian
hadirin adalah pengalaman PAS sebagai Kerajaan Negeri Kedah pada tahun
2008 yang berjaya melaksana pelbagai agenda kesejahteraan rakyat.-HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment