ALOR SETAR: PAS Kawasan Alor
Setar telah merasmikan pelancaran Sidang Assabiqun PAS Alor Setar yang
dilangsungkan dengan jayanya pada majlis di Dewan Masjid Tuan Haji
Hussien, Seberang Pumpong, di sini semalam.
Majlis pelancaran dihadiri kira-kira 200 tetamu ini telah
disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Pengerusi Sidang Assabiqun
Negeri Kedah, Ustaz Nasir Othman.
Dalam ucapannya, beliau yang mesra dengan panggilan "Che Pi"
menegaskan kepentingan penubuhan Sidang Assabiqun sebagai organisasi di
semua peringkat dalam menggerak dan mendukung agenda PAS.
Terutama katanya, untuk menggabungkan generasi baharu dan muda PAS
dengan memiliki semangat dan tenaga untuk bersama golongan Assabiqun
yang mempunyai pengalaman.
"Sidang Assabiqun yang mempunyai pengalaman luas adalah lebih
mustajab, panduan, nasihat dan tunjuk ajar amatlah diperlukan oleh
generasi masa kini," ujarnya penuh semangat.
Yang DiPertua PAS Alor Setar, Ustaz Ahmad Yahaya pula melahirkan
harapan agar kesepaduan Assabiqun dan generasi kini dapat mengembalikan
tenaga, semangat dan pengalaman bagi menjayakan segala cita-cita PAS.
No comments:
Post a Comment