Ketika ditanya mengenai tarikh untuk pilihan raya tersebut hari ini, beliau membalas kembali dengan soalan.
"Bila you mau?" tanya Najib apabila disoal pemberita mengenai tarikh pilihan raya yang perlu dilangsungkan tahun ini.
Najib ditemui pemberita ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina MCA di Wisma MCA di Ampang, Kuala Lumpur hari ini.
Awal bulan ini, Najib membayangkan pilihan raya akan diadakan sebelum umat Islam menunaikan haji pada Julai.
Bagaimanapun, penganalisis politik meramalkan penentuan tarikh PRU14 itu bergantung kepada sejauh mana Barisan Nasional (BN) percaya proses persempadanan semula yang sedang berjalan sekarang dapat membantunya mendapatkan semula majoriti dua pertiga yang hilang sejak dua pemilihan lalu.
Sebanyak 128 daripada 222 kawasan pilihan raya Parlimen akan dirombak dalam cadangan persempadanan semula yang akan terpakai selepas diluluskan Parlimen.
Pengkritik mendakwa persempadanan semula itu akan memberi kelebihan pada BN, terutamanya di Selangor, negeri terkaya di Malaysia yang diperintah oleh pembangkang persekutuan sejak 2008.
Jika Parlimen tidak dibubarkan sebelum 24 Jun, ia akan terbubar dengan sendiri dan pilihan raya perlu diadakan dalam masa 60 hari iaitu sebelum akhir Ogos
No comments:
Post a Comment