KANGAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengeluarkan 72 saman
kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan sempena Op Khas Tahun
Baharu Cina 2018 malam tadi.
Pengarahnya Shahrul Azhar Mat Dali berkata operasi bermula 8 hingga 12
tengah malam tadi, menumpukan kepada motosikal, sebagai satu advokasi
mendidik penunggang agar mematuhi peraturan jalan raya.
Katanya, statistik menunjukkan 60 hingga 64 peratus kemalangan membabitkan pengguna motosikal.
"Kami bukan nak menghukum pengguna jalan raya, tetapi kami nak mendidik
agar mematuhi peraturan demi memastikan jalan raya selamat digunakan
semua pihak," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di Kangar.
Shahrul Azhar berkata antara kesalahan paling banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu.
Beliau juga menasihati para pengguna jalan raya supaya melaporkan
kepada JPJ jika mempunyai aduan berkaitan kesalahan jalan raya di talian
04-9763995 atau email p.perlis@jpj.gov.my.
No comments:
Post a Comment