DETIK DAILY
DATO' HJ MAHFUZ OMAR
1. Terdedah maklumat bahawa antara punca kehadiran diplomat Israel ke
Malaysia kerana ‘tekanan diplomatik secara terperinci’ yang dibuat oleh
Israel ke atas Malaysia. Ia susulan daripada pendedahan bahawa diplomat
Israel berjaya menjijak kaki di bumi Malaysia menghadiri sidang rasmi
selama seminggu di Kuala Lumpur dengan menggunakan pasport rasmi Israel,
dalam keadaan Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang ikatan
hubungan rasmi.
2. Difahamkan Israel membawa usul ini ke pejabat Setiausaha Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Anonio Guterres untuk menghadiri
sidang Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UN-HABITAT) di Kuala Lumpur.
Kerajaan Malaysia nafi menjemput Israel datang, dengan berdalih
menyatakan surat jemputan kepada Israel bukan ditandatangani oleh
mana-mana pegawai Malaysia sebaliknya ia ditandatangani Pengarah
Eksekutif UN-Habitat, selaras Perjanjian Negara Penganjur (HCA) yang
dimeterai antara organisasi berkenaan dan Malaysia.
Adakah Datuk Seri Anifa Aman, Menteri Luar Malaysia tidak sedar atau
buat-buat lupa bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak mengguna khidmat
Syarikat Apco Worldwide Sdn Bhd dalam melaksanakan perkhidmatan
berkaitan komunikasi secara "menyeluruh," selain melakukan program
mempromosi dan mengurus imej negara di peringkat antarabangsa dan
membayar upah.
Agensi itu bukan PBB yang jemput atau cadangkan kepada kerajaan Malaysia
yang mana antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus, CEO Apco dan
invdividu penting yang terlibat dengan akaun di Israel dan salah seorang
penasihat antarabangsa kepada Apco adalah Doron Bergerbest-Eilon, bekas
Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel
berpangkat Mejar Jeneral.
3. Sebegitu mudah alasan diberi untuk menghalalkan tindakan Israel
berkampung di bumi Malaysia dan sebegitu mudah pula Wisma Putra
mengizinkan mereka hadir dalam persidangan tersebut dan kenyataan
penafian yang keluar dari mulut menteri hanya setaraf JKKK UMNO,ianya
tidak menampakan kecerdikan berfikir seorang menteri.
Jika demikian, tidak ada beza antara pemimpin Malaysia dengan pemimpin
Arab yang begitu kemaruk dan lunak dengan rejim Zionis Israel. Tidak
menghairankan di saat umat Islam seluruh dunia memberontak melahirkan
kemarahan, pemimpin Arab dengan selamba bersalaman, berdialog dan
bersembang dengan ‘pembunuh’ rakyat Palestin.
GARANG DAN TEGAS NAJIB RAZAK HANYA 'SANDIWARA POLITIK'
4. Rakyat dinyanyikan bahawa Putrajaya bernada keras terhadap Israel
hingga mengadakan banyak himpunan, solidariti,solat hajat dan munajat,
ceramah sebagai bukti betapa tegas dan kerasnya suara Malaysia,
tiba-tiba atas satu tekanan PBB, Malaysia ‘lembik lutut’ terhadap
Israel.
Mana suara lantang Perdana Menteri yang berdegar-degar mahu membela umat Islam Palestin?
Kenapa di saat ini PM seperti ketakutan, tidak langsung bersuara menentang kehadiran mereka?
Mengapa tidak sekali ini pemimpin negara bersikap keras dan garang
dengan tidak mengizinkan mereka hadir sebagai suatu tanda protes atas
kekejaman yang Israel lakukan.
5. Jika inilah sikap kerajaan, jangan disalahkan negara umat Islam lain
jika ada yang turut mengambil langkah seperti Malaysia membenarkan
negara mereka dimasuki perwakilan Israel, membiarkan Israel membahas apa
juga topik dan perbahasan sedangkan dalam masa yang sama mereka
membunuh ribuan umat Islam di Palestin.
Memberikan hak mereka berucap atau menghadiri sebarang forum adalah seperti mengiktiraf negara haram Israel.
6. Pemimpin negara telah membuktikan bahawa mereka hanya bersikap
retorik dan hipokrit hanya berani mengutuk dan mengecam dari kejauhan,
tetapi apabila berada di depan mata, mereka diam seribu bahasa. Jelaslah
bahawa pemimpin UMNO bukanlah pembela sebenar umat Islam. Umat Islam
yang beriya-iya memberikan harapan kepada UMNO kononnya demi umat Islam
di negara ini telah tertipu hidup-hidup dan terpedaya dengan sandiwara
politik murahan UMNO sedangkan Israel dekat di hati Najib Razak
#UmnoApcoApcoUmno
#UmnoIsraelBersekedudukan
#SelamatkanMalaysia
DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
No comments:
Post a Comment