SUBKY LATIF
AMAT hebat dan tepat
pukulan Datuk Husam Musa ke batang hidung Perdana Menteri Najib yang
membangkitkan betapa gaji kaki tangan Kerajaan Kelantan bergantung atas
bantuan Kerajaan Persekutuan.
Husam bukan lagi sebahagian dari
Kerajaan Kelantan, bahkan bukan lagi parti yang memerintah Kelantan
iaitu PAS, atas sifatsnya rakyat Kelantan tidak dapat membiarkan apabila
Kelantan ditempelak oleh Perdana Menteri Najib sedemikan.
Kerajaan Pusat yang tanggungjawabnya di
bawah konsep persekutuan/federalisma, memayungi negeri dan kerajaan
negeri termasuk Kelantan wajar menampung sebarang kekurangan yang
terdapat di negeri-negeri.
Tanggungjawab dan beban Kerajaan Pusat
itu bukanlah atas permintaan Kelantan, tetapi Kerajaan Pusat sendiri
ketika menandatangani perjanjiian memasukkan Kelantan dalam gagasan
persekutuan bersetuju untuk menerima tanggungjawab melindungi
negeri-nengeri dan kerajaan yang bersekutu dengannya.
Dan jika Kerajaan Pusat berhalangan
untuk memikul tanggungjawab itu, maka ia boleh keluarkan Kelantan dari
Malaysia atau pada pembentukan Kerajaan Persekutuan dulu, ia boleh tolak
Kelantan menyertainya.
Apabila seorang anak jantan bersedia
kahwin dengan mana-mana anak dara, maka dia mesti bersedia menanggung
nafkah lahir dan batin isterinya. Tidak sekadar nikah tetapi nafkahnya
tangungjawab bapa dan ibu mertua. Jika Kerajaan Pusat hendak menjadi
bapa yang memayungi Kelanan, maka ia jangan takwil kekurangan yang ada
di Kelantan.
Husam telah ajar Perdana Menteri Najib dalam facebooknya
atas tempelak Najib itu sekalipun Najib bergurau. Husam telah beri
jawapan yang tepat seperti yang PAS patut buat. Jika PAS beri reaksi
atas kenyataan tidak senonoh PM itu memang PAS dan Kerajaan Kelantan
wajar nyatakan reaksinya. Dan Husam telah ambil peranan yang tepat dan
hebat pukul batang hidung Perdana Menteri.
Tempelak Najib itu menghina kedaulatan
Kelantan dan rakyatnya, yang Husam dipercayai sebagai rakyat
tersinggung. Bukan rakyat yang bersama PAS dan Husam saja rasa
tersinggung, Datuk Mustafa Mohamad yang hendak sangat jadi Menteri Besar
Kelantan selepas PRU14 ini juga patut terhina dengan ungkit Najib itu.
Jika Mustapa ada rasa bangga sebagai
rakyat Kelantan, dia patut jawab seperti yang Husam buat jika dia bukan
seorang yang tidak pemalu.
Pada saya Husam buat sepatutnya dan PAS
patut suka dengan apa yang dia kata itu. Sepatutnya Husam tidak perlu
keluarkan dirinya dari PAS dalam politik di negeri itu.
Dia adalah antara orang berfikiran
bergeliga pernah ada dalam PAS tetapi dia memilih jalan untuk tidak
bersama PAS, suatu kejadian yang saya amat pilu.
Dan agak saya reaksi Husam sedemikian
sebagai usahanya supaya PAS tidak campur BN dalam PRU nanti. Dan yang
bimbangkan PAS hendak bersama BN/Umno itu satu sangkaan.
Adapun gaji kaki tangan kerajaan
Kelantan itu dipercayai boleh Kerajaan Kelantan tangani jika Kerajaan
Pusat tidak curi royalti petrol dan gas yang Petronas kendali. Jika
pusat tidak amalkan pencurian, Kelantan mungkin sudah lama berdikari
Bahkan Najib telah gunakan sebahagian
dari hasil yang dicukai dari Kelantan dan royaltinya untuk tampung
sebahagian dari keperluan Kerajaan Pusat.
Jika Pusat tidak mahu ambil lagi
tanggungjawab atas Kelantan, merdekakan ia seperti ia pernah
memerdekakan Singapura, dan dengan minyak diperairannya, biar Kelantan
sendiri terokai
Dan yang bongkar Pusat curi minyak
Kelantan itu adalah Husam juga. Yang elok padanya wajar dihargai. Dia
suruh PAS keluarkan dia, yang tidak eloknya.
No comments:
Post a Comment