Thursday, February 1, 2018

Harga petrol naik 2 sen, diesel naik 3 sen

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 naik bermula tengah malam ini masing-masing sebanyak 2 sen seliter.
 
Sementara itu, harga bagi diesel pula naik sebanyak 3 sen seliter. 
 
Harga baru itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi Twitter rasminya, hari ini. 
 
Bagi tempoh 1 Februari hingga 7 Februari, harga runcit RON95 ialah RM2.31 seliter (daripada RM2.29), manakala RON97 ialah RM2.58 seliter berbanding RM2.56 seliter minggu lalu.
 
Harga bagi diesel pula naik kepada RM2.34 seliter, berbanding RM2.31 seliter.
 
Mekanisme pengumuman harga minyak secara mingguan itu mula berkuat kuasa pada 29 Mac tahun ini.
 
Harga petrol dan diesel diletakkan di bawah sistem apungan terkawal secara bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi minyak.
 
 

No comments: