KUALA LUMPUR – Banglo mewah Allahyarham Datuk Sharifah Aini
kini diiklankan di laman sosial Facebook untuk dijual dengan harga RM8
juta.
Kediaman yang terletak di Petaling Jaya itu dikatakan sudah diserahkan kepada ejen hartanah untuk urusan jual beli.
Seorang individu juga telah mengesahkan berita itu.
“Ya… betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual,” kata individu tersebut berhubung iklan kediaman itu dijual kepada sebuah akhbar.
Menurutnya, rumah itu mahu dijual oleh anak Allahyarham Aliff Omar Ali berikutan begitu besar buat mereka sekeluarga.
“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” katanya yang enggan dikenali.
Laporan menyebut, rumah berkenaan masih dihuni dan tiada sebarang papan tanda atau kain rentang yang tertulis untuk dijual. – MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment