Roketkini.com
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa dua akhbar pro-UMNO memohon maaf dan menarik semula laporan palsu berhubung kes bunuh diri M. Vasanthapiriya, 13, yang dituduh mencuri iPhone milik gurunya.
Laporan tersebut mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah yang diperoleh pihak polis menunjukkan pelajar malang itu mencuri telefon bimbit gurunya.
Guan Eng merujuk laporan berita bertajuk “CCTV footage shows “CCTV footage shows Vasanthapiriya taking iPhone” dalam New Straits Times (NST) dan “CCTV rakam pelajar ambil telefon guru” yang terbit dalam akhbar Berita Harian pada 11 Februari lepas.
“Saya harap NST dan Berita Harian janganlah bertindak biadap dan kurang ajar, mohon maaf lah (kepada keluarga mendiang M. Vasanthapiriya) dan tarik balik lah dua laporan itu.
“Apa-apapun, hormatilah maruah keluarga kerana mereka telah hilang anggota keluarga,” tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP di Komtar.
Vasanthapiriya yang merupakan pelajar SMK Methodist Nibong Tebal dituduh mencuri iPhone 6 milik seorang guru sekolah berkenaan pada 24 Januari dan dilaporkan disoal oleh tiga orang guru, termasuk yang mendakwa telefon pintarnya dicuri.
Pelajar berkenaan bertindak menggantung diri sebelum disedari oleh ibu bapanya yang baru sahaja pulang pada malam hari yang sama.
Dia masih hidup ketika ditemui bersama nota membunuh diri yang mengatakan dia tidak mencuri telefon bimbitnya. Dia bagaimanapun meninggal dunia pada 1 Februari di Hospital Seberang Jaya. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment