PULAU PINANG: Pasukan mencari dan menyelamat berjaya menemukan mayat
kelapan mangsa tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Lembah Permai di
Tanjung Bungah di sini kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Penolong Ketua Pengarah Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan
Penyelamat (PBA) Putrajaya, Edwin Galan Teruki berkata, mayat itu
ditemui dalam keadaan dihempap runtuhan cerucuk besi.
“Ketika ini kerja-kerja memotong cerucuk besi berkenaan sedang
dilakukan, sebahagian badan masih tertimbus dan kita hanya dapat melihat
bahagian paha mangsa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau memberitahu, kedudukan mangsa kelapan itu ditemui tidak jauh daripada mangsa ketujuh yang dijumpai pagi tadi.
No comments:
Post a Comment