KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Selangor
hari ini melancarkan petisyen untuk membantah menganjurkan pesta arak di
Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini mereka berkata petisyen yang dinamakan
'Hapus Budaya Pesta Arak di Malaysia!' bertujuan mengumpulkan sokongan
dari rakyat Malaysia untuk menolak festival penganjur arak di kawasan
awam di negara ini.
Petisyen itu dikatakan mendapat kira-kira 12,500 tandatangan setakat ini.
Tegas mereka dalam kenyataan itu juga, budaya mengadakan pesta arak di
tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah bukan amalan biasa di
negara ini.
Sebagai contoh, ia berkata pesta arak seperti Oktoberfest tidak
mempunyai signifikan kerana budaya yang berasal dari Jerman itu
bertujuan memperingati perkahwinan diraja antara Putera Ludwig dan
Puteri Therese pada 12 Oktober 1810.
"Oktoberfest bukanlah amalan mana-mana kaum di Malaysia dan tidak
berkaitan dengan agama apa pun. Tidak ada sebab untuk meraikannya,"
katanya.
Bagaimanapun mereka menegaskan petisyen itu bukan untuk menentang hak bukan Islam mengambil minumab beralkohol.
"Apa yang kita tolak adalah budaya menganjurkan pesta arak di kawasan
awam. Kami tidak menghalang orang bukan Islam daripada mengambil dan
menjual alkohol.
No comments:
Post a Comment