Sunday, October 22, 2017

‘Pas mungkin masuk Umno’



‘Pas mungkin masuk Umno’



Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad menjangkakan Pas akan menyertai Umno pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya fikir akhirnya (Pas) akan menyertai Umno,” ujarnya pada sidang media sempena Konvensyen AMANAH Nasional di Alor Setar, Kedah hari ini.

Ditanya tentang status permohonan pendaftaran Pakatan Harapan, Mahathir menganggap pihak kerajaan takut dengan blok pembangkang itu.

“Tulis surat tak jawab sama ada dia bisu atau pekak tidak tahulah.

“Nampak perasaan takut sangat kepada Pakatan Harapan,” kata Pengerusi Bersatu berkenaan.

Turut dipersoalkan bekas Perdana Menteri itu ialah kegagalan pemimpin Pas menjelaskan sama ada mereka yang menentang Pas boleh digolongkan sebagai kafir.

“Orang di luar Pas ini kafir atau tidak, tak boleh jawab.

“Kita nak tahulah sebab kafirkan orang ini satu perkara yang serius,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Mahathir pada September lalu mengemukakan lapan soalan kepada Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu memaklumkan tentang agihan kerusi pilihan raya yang sedang dalam proses rundingan.

“Beberapa perkara pertindihan sedang  berjalan (ditangani) baik,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan itu.


No comments: