Wednesday, October 4, 2017

Gagal ujian doping, atlet minta periksa Sampel B

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan seorang atlet yang dilaporkan psotitif dalam ujian doping semalam meminta memerika sampel B sebelum tampil di hadapan Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).
 
Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata jika Sampel B itu juga menunjukkan hasil yang sama, pingat yang dimenangi atlet itu pada Sukan SEA Ke-29 Ogos Kuala Lumpur 2017 (KL2017) lepas akan ditarik balik oleh SEAGF.
 
Malah atlet terbabit akan berdepan dengan penggantungan selama empat tahun sebagaimana ditetapkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
 
"Sampel B itu telah diminta oleh atlet terbabit. Kami juga perlu mendapatkan jawatankuasa perubatan untuk meneliti perkara itu.
 
"Jika sampel B itu positif, SEAGF akan membuat keputusan dari segi pingat yang terlibat. Sebarang sekatan yang lain akan dibuat oleh WADA. Kami tidak boleh memberi sebarang ulasan sehingga siasatan selesai," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan Komanwel di sini hari ini.
 
Semalam seorang atlet terjun negara didapati gagal ujian doping yang dijalankan semasa KL2017, baru-baru ini.
 
Atlet itu dilaporkan memenangi pingat emas daripada jumlah keseluruhan 13 pingat emas yang ditawarkan dalam acara terjun.
 
 

No comments: