Sunday, October 22, 2017

Dr M dakwa ROS terus abai permohonan HARAPAN

DETIK DAILY

 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh dan mendakwa Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) terus mengabaikan permohonan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mendaftarkan empat parti mereka sebagai satu gabungan rasmi.

Selepas hampir empat bulan sejak permohonan HARAPAN diserahkan dan mengikut kehendak ROS, Mahathir mendakwa jabatan itu sehingga kini tidak menjawab surat mereka.

Mahathir mendakwa kelewatan ROS adalah tanda ketakutan Barisan Nasional untuk menghadapi HARAPAN sebagai gabungan.

Selepas hampir empat bulan sejak permohonan Harapan diserahkan, Mahathir mendakwa ia "luar biasa" bahawa ROS enggan memberi respons kepada permohonan HARAPAN.

Mahathir menegaskan bahawa HARAPAN telah mematuhi cadangan ROS supaya meminda logonya untuk memasukkan perkataan "Pakatan".

“Kita dah bagi tahu kita nak kita didaftar. Kalau ada silap bagi tahu kita boleh ubah. Tapi nampak perasaan takut sangat kepada Pakatan Harapan ini.

“Cara nak kalahkan Pakatan Harapan ini dengan tak didaftarkan. Inilah ketakutan Datuk Seri Najib (Razak).

“Tak berani lawan Pakatan Harapan. Macam-macam cara dilakukan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Konvensyen AMANAH di Alor Setar hari ini.

Mahathir dalam masa yang sama turut ditanya adakah akan memakai logo salah satu parti sekiranya ROS tidak meluluskannya.

“Kita ada beberapa cara untuk atasi masalah ini tapi buat waktu ini kita tidak isytiharlah cara kita,” katanya.

Ogos lalu Mahathir berkata kelewatan ROS itu telah menjejaskan persiapan HARAPAN menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kerana mereka memerlukan logo yang akan dicetak pada bahan kempen.

HARAPAN cuba mendaftar sebagai gabungan rasmi untuk bertanding di bawah satu logo pada PRU14.

Namun Percubaan HARAPAN sebelum ini tidak berjaya. 
 
 

No comments: