Tuesday, October 3, 2017

200 Ribu Orang Bukan Jaminan PAS Mampu Menang – Amanah

 Caspian



Hujung minggu lalu seolah-olah menjadi satu pesta buat ahli PAS yang boleh dikatakan berhimpun di Terengganu bagi menyertai himpunan Fistaqim 2.0.

Di beritakan, seramai lebih 200 ribu orang hadir ke himpunan berkenaan dan sudah semestinya, PAS menganggap ianya sebagai satu isyarat jelas bahawa parti berkenaan boleh memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Mengulas akan hal ini, salah seorang pemimpin utama Amanah memberitahu, PAS sebenarnya bermimpi jika mendakwa mampu memenangi PRU 14 jika bersandarkan kepada kehadiran 200 ribu orang berkenaan.

Beliau yang menjawat jawatan sebagai orang kuat bagi Pemuda Amanah memberitahu, jika mahu memenangi satu-satu pilihan raya dan menawan sesebuah negeri, parti berkenaan perlu memperolehi sekurang-kurangnya 70 ribu undi dari semua DUN dan Parlimen yang dipertandingkan.
 
Jika dihitung dari sudut Parlimen yang mempunyai 222 buah, PAS hanya mampu memperolehi 900.9 undi sahaja. Katakanlah PAS mahu menawan sebuah negeri, dengan kehadiran 200 ribu orang, PAS hanya mampu memperolehi 14,285.7 undi sahaja, jauh dari minimum sebanyak 70 ribu undi.

Itu andai dikira dengan Sabah dan Sarawak. Dalam hal ini, semua orang tahu bahawa PAS adalah parti paling lembik di Borneo. Katakanlah jika ditolak Sabah dan Sarawak, PAS hanya mampu memperolehi 16,666.6 undi.

Melihat dari angka ini, adakah PAS yakin mampu memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 kelak? Nampaknya, memang PAS hanya tahu bermimpi dan mimpinya langsung tidak pernah capai tahap klimaks.

No comments: