KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan setakat ini tidak ada rakyat
Malaysia menjadi mangsa dalam kejadian letupan yang berlaku di stesen
api Parson Green di London yang mencederakan 22 orang pada Jumaat.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa Malaysia mengutuk kejadian itu yang disifatkan sebagai serangan penegcut.
“Kementerian sedang memantau rapi situasi ini dan Suruhanjaya Tinggi
Malaysia di London sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan,”
demikian menurut kenyatan itu.
Wisma Putra turut menasihati rakyat Malaysia berhubung dengan
suruhanjaya tinggi di alamat 52, Bedford Row, London WC1RL, atau melalui
telefon +44 (0) 2072424308 atau e-mel mwlondon.kln@1govuc.gov.my untuk
pertanyaan lanjut.
Kejadian letupan yang berlaku pada jam 8.20 pagi Jumaat itu disifatkan polis London sebagai 'angkara pengganas'.
Ia berpunca dari alat letupan yang diubah suai (IED).
London sebelum ini pernah juga berdepan serangan yang sama dan membawa
maut pada tahun ini iaitu di Jambatan Westminster, Jambatan London dan
Taman Finsbury, serta serangan bom di konsert Ariana Grande di
Manchester.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan