Sabtu, 16 September 2017

Kesan petrol dijumpai penyiasat di tingkat 2

SELANGOR KINI

Kesan


KUALA LUMPUR: Pihak penyiasat menjumpai kesan petrol di tingkat dua Sekolah Tahfiz Darul Ittifaqiyah kata sumber kepada New Strait Times.

Sumber itu memberitahu New Straits Times bahawa kesan petrol itu dijumpai di hadapan asrama berkenaan.

“Ini dipercayai sebab mengapa api menyebar cepat,” kata sumber, sambil menambah bahawa kes itu telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini media melaporkan Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menunjukkan kelibat seorang lelaki yang memanjat pagar sebelum menceroboh masuk ke dalam kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Tiada ulasan: