KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
menjelaskan seorang remaja lelaki yang ditahan polis hari ini bukan
suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
“Jika ditanya ada tangkapan, ya ada. Tetapi ia bukan suspek kebakaran
dan hanya membantu siasatan pihak polis,” katanya dipetik Utusan Online,
Sebelum ini tular mengenai berita kononnya seorang pelajar tahfiz itu
menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kebakaran telah
ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan.
Ujar kakitangan tersebut, remaja itu bukanlah pelajar pusat berkenaan
tetapi dipercayai terlibat kes kecurian ibu pejabat Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM).
Menurutnya, ibu pejabat PPIM terletak bersebelahan pusat tahfiz dan sedang menjalani proses pembaik pulih.
“Sebelum ini terdapat kes kecurian mesin air layan diri di hadapan
pejabat itu dan remaja tersebut adalah penduduk kawasan sekitar kampung
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan