SELANGOR KINI
KUALA LUMPUR : Semua mangsa yang terselamat dari tragedi
kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini, ditempatkan
di satu lokasi rahsia.
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid
Mahmod, berkata mangsa tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing
sebaliknya mereka diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat
sementara waktu, lapor BH ONLINE.
Katanya, langkah itu bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.
Namun, ketika ditanya media di mana lokasi itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab “ia rahsia”.
“Saya
telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain
supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini,” katanya
ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di
Jalan Keramat Ujung di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Muhammad Zahid turut menafikan bahawa ada pihak yang
memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz
berkenaan.
Katanya, sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik.
“Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut,” katanya.
SUMBER: BH ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan