HIMPUNAN Fastaqim 2.0 di Pantai Peranginan Tok
Jembal pada 29 dan 30 September ini menjadi harapan besar rakyat
Terengganu bagi mengembalikan momentum 1999.
Rata-rata orang ramai yang ditemui menaruh harapan untuk
mengembalikan zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan PAS Terengganu
pada 1999-2004.
Sukarelawan
Jabatan Amal Terengganu, Zor Alias, 56, dari Kampung Padang Air
berkata, beliau masih lagi terkenang kejayaan PAS Terengganu mentadbir
negeri ini.
Katanya, banyak perubahan untuk rakyat dilaksanakan kerajaan PAS ketika itu.
“Janji manifesto pilihan raya umum ke-10 kerajaan PAS Terengganu
laksanakan. Apa yang paling saya tidak dapat lupa semasa PAS memerintah
Terengganu, penghapusan Tol di Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
“Kerajaan PAS juga berjaya mengagih tanah kepada rakyat seperti
dijanjikan dalam manifesto pilihan raya,” katanya ketika ketika ditemui
Kuala Terengganu.
Seorang peniaga kedai makan, Mustafa Ismail, 56, dari Kampung Batu Enam, Dun Bukit Tunggal pula berkata, kemarahan rakyat terhadap Umno dan kerajaan BN tidak dapat dibendung lagi. – HARAKAHDAILY
Seorang peniaga kedai makan, Mustafa Ismail, 56, dari Kampung Batu Enam, Dun Bukit Tunggal pula berkata, kemarahan rakyat terhadap Umno dan kerajaan BN tidak dapat dibendung lagi. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan