Kohilah Sekaran, Astro Awani
Khaleef Eusoff sedang bermain di luar rumahnya kira-kira jam 5 petang sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang terletak lebih kurang 10 meter dari kawasan rumahnya.
Memetik laporan portal Harian Metro, bapa mangsa Raafiee Abdul Rahim, 39 tahun, berkata Khaleef ketika itu bermain berhampirannya yang sedang berkebun di luar rumah.
"Saya segera menarik dan membersihkan badannya sebelum kami membawanya ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
"Saya dan isteri kemudian membawa dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana hospital itu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk merawat Khaleef," katanya lagi.
Namun Khaleef gagal diselamatkan kerana kandungan toksin yang tinggi dalam darahnya.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi semalam. Jenazah Khaleef selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang.
Pihaknya juga telah memaklumkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang tebuan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan