Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Maklumat ini datang dari kubu pembangkang. Malah maklumat ini juga keluar dari bilik strategi politik tertinggi parti kerabat Pakatan Harapan (PH).
Bahawasanya PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim tiada agenda perjuangan Melayu dan Islam.
Malah, adalah diberitah perkara yang mengisi mesyuarat mengatur
strategi parti itu lazimnya ialah perang mulut di antara dua kumpulan
yang secara nalurinya saling bersilang pendapat.
Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan Biro Politik parti biasanya
diisi dengan aktiviti cemuhan, cabar mencabar dan perli memperli di
antara dua puak berkenaan. Mutakhir ini topik perbalahan ialah isu
kewajaran kerjasama PKR dengan PAS.
Di satu sudut, Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali dan konconya
mahu inisiatif itu diteruskan. Di sudut lain, Naib Presiden, Rafizi
Ramli dan penyokongnya mahu usaha itu dihentikan kerana bertentangan
dengan ketetapan PH.
Begitu luas jurang perbezaan pandangan kedua-dua kumpulan itu sehingga
mendorong anggota Biro Politik PKR yang juga Ahli Parlimen Selayang,
William Leong meletak jawatan dari biro berkenaan.
Justeru bila maklumat terkini diterima dari bekas ahli kenamaan PKR, Tan Sri Muhammad Taib bahawa demikian bobroknya budaya politik PKR hingga mengabaikan kepentingan Melayu-Islam, ia pasti mencemaskan Melayu keseluruhannya.
Budaya berdebat berlebihan yang melencong pada isu-isu kurang penting
itu menghampakan bekas Menteri Besar Selangor dan beliau mengambil
keputusan meninggalkan PKR kerana “tidak mahu melihat masa depan orang
Melayu tergadai”.
Katanya, sepanjang berada dalam mesyuarat tertinggi PKR, pimpinan parti
itu tidak membincangkan kepentingan Melayu, ‘sebaliknya sibuk bergaduh
di antara kem Azmin dan Rafizi Ramli’.
“Saya hanya hadir mesyuarat MT Keadilan beberapa kali. Mendukacitakan.
Yang kuat bercakap dan bertekak R Sivarasa, Tian Chua, N Surendran, Dr
Tan Kwee Kong, Wong Chen dan lain-lain (pemimpin) Cina dan India.
“Yang Melayunya asyik berperang di antara satu sama lain. Jatuh
menjatuh macam tak ada kerja lain. Geng Azmin ‘berperang’ dengan geng
Rafizi,” kata Mat Taib.
Tambah
beliau, pemimpin bukan Melayu dalam PKR menyokong Azmin kerana mereka
banyak mendapat manfaat, bahkan mereka tidak pernah bercakap mengenai
soal kepentingan orang Melayu.
“Yang bukan Melayu sokong Azmin. Azmin selesa dibuai oleh geng ini.
Jual banyak tanah. Tak pernah sebut pun hal dan kepentingan Melayu,”
katanya.
Katanya lagi, jika ini bentuk kepimpinan yang ditonjol pembangkang pasti kepentingan orang Melayu akan terabai dan beliau mengambil keputusan keluar sebelum terlambat.
Katanya lagi, jika ini bentuk kepimpinan yang ditonjol pembangkang pasti kepentingan orang Melayu akan terabai dan beliau mengambil keputusan keluar sebelum terlambat.
“Kalau inilah rupa kerajaan yang nak memerintah negara tak tahu ke mana
nanti kepentingan orang Melayu. Daripada terlambat biarlah saya balik
kepada UMNO. Tentu arah perjuangan untuk orang Melayu,” katanya.
Maklumat tentang sentimen perang saudara dalam PKR ini menyerlahkan
hakikat bahawa parti itu menghadapi masalah disiplin yang serius.
Contohnya, tiada tindakan diambil ke atas Rafizi walaupun beliau
mengakui sudah hampir setahun tidak hadir mesyuarat.
Anehnya, walaupun soal keretakan hubungan pimpinan didedahkan oleh
Rafizi sendiri, MPP tiada selera, atau mungkin keberanian, untuk
mendisiplinkan Naib Presiden yang banyak menimbulkan kontroversi
terhadap kewibawaan parti.
Cemerlangnya rekod awal PKR adalah berpaksikan karisma dan kepimpinan tinggi Anwar Ibrahim.
Cemerlangnya rekod awal PKR adalah berpaksikan karisma dan kepimpinan tinggi Anwar Ibrahim.
Namun maklumat Mat Taib menyerlahkan bahawa
ketiadaan Anwar menyebabkan pimpinan parti itu sudah hilang arah dan
bercelaru.
Rakyat Melayu yang bersimpati dan kagum dengan kegigihan perjuangan Anwar, menggantungkan harapan tinggi pada PKR memperelok dan menampung kelemahan kerajaan UMNO pimpinan Tun Mahathir Mohamad selama lebih 22 tahun.
Rakyat Melayu yang bersimpati dan kagum dengan kegigihan perjuangan Anwar, menggantungkan harapan tinggi pada PKR memperelok dan menampung kelemahan kerajaan UMNO pimpinan Tun Mahathir Mohamad selama lebih 22 tahun.
Sedihnya, penyertaan Mahathir dan partinya, PPBM dalam kabilah
pembangkang secara langsung menghakis pengaruh PKR dalam PH sekaligus
meruncingkan perselisihan dalam pimpinan PKR.
Rafizi jelas mengambil pendirian tidak mahu bekerjasama dengan PAS dan
tidak menghiraukan pengakuan Anwar bahawa beliau merestui rundingan
dengan PAS seolah-olah bagi beliau dan penyokongnya Anwar kini “jauh di
mata jauh di hati”.
Ini menggirangkan Mahathir yang nampak peluang mengurangkan pengaruh PKR keseluruhan di dalam PH.
Mahathir
sedar bahawa apabila Naib Presiden itu dan Setiausaha Agung PKR,
Saifuddin Nasution kini cenderung pada pendirian politik PPBM, DAP dan
Amanah, pengaruh Anwar dalam PH semakin rapuh dan menanti masa untuk
luntur sepenuhnya.
Jika aura Anwar semakin malap itu bermakna impian Mahathir untuk
mengurangkan batu penghalang anaknya, Mukhriz memintas ahli politik lain
dalam PH untuk menjadi pemimpin nombor wahid dalam PH semakin
menghampiri kenyataan.
Baginya, “ribut dalam cangkir kopi PPBM” di mana beribu-ribu ahli
meninggalkan parti menunjukkan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin
Yassin semakin tidak popular kerana majoriti yang berhijrah keluar
kerana tidak serasi kepimpinan Muhyiddin.
Pengalaman tentu mengajar Mahathir bahawa keadaan di dalam PPBM dan PKR
sekarang sudah ‘pasti memudahkan Mukhriz untuk melangakui’ kedudukan
politik Muhyiddin dan sesiapa sahaja dari PH.
DAP dan Amanah tentu tidak menentang ekuiti kuasa baru dalam PH. DAP
kini amat selesa pimpinan PH diletakkan bahu Mahathir. Begitu juga
Amanah pasti berpuashati bahawa ia satu-satu parti yang mewakili Islam
dalam PH.
Jika ini ditokok oleh kecelaruan dalam pimpian PKR sudah tentu PH akan
terus berpaut pada pimpinan beliau. Mahathir tentu dapat membaca bahawa
di mata DAP, dirinya (Mahathir) adalah jambatan kepentingan parti
dominasi Cina itu dengan pengundi Melayu.
Mahathir juga mungkin membaca bahawa Rafizi kini kelihatan tidak yakin dengan ketegasan dan halatuju pimpinan PKR.
Beliau
tentu dapat mencongak jika lebih lama Rafizi dalam PKR, tentu anak muda
itu akan “dikorbankan” oleh saingan dalam PKR. Justeru, Mahathir
manggalakkan Rafizi terus memperkasakan NGO tajaannya, INVOKE, untuk
menjadi wadah politiknya di masa depan.
Sementara Saifuddin Nasution pula nampaknya semakin jinak dengan Lim Guan Eng. Malah beliau kini bekerja untuk kerajaan DAP Pulau Pinang memastikan seberapa ramai pengundi Melayu memilih DAP dalam pilihanraya umum ke-14 kelak.
Sementara Saifuddin Nasution pula nampaknya semakin jinak dengan Lim Guan Eng. Malah beliau kini bekerja untuk kerajaan DAP Pulau Pinang memastikan seberapa ramai pengundi Melayu memilih DAP dalam pilihanraya umum ke-14 kelak.
Jika Mat Taib semakin rajin berusaha memperjuangkan agenda Melayu, semakin hodohlah imej PKR di mata Melayu. Namun di mata Mahathir walau diapit PKR yang tempang, beliau masih mampu menggembleng tenaga PH untuk menumpaskan BN.
Ketika itu, tidak akan ada siapa pun dalam dan luar PH yang akan mempertikaikan inisiatifnya meletakkan anaknya, Mukhriz sebagai khalifah dalam kerajaan baru PH.
Adakah bagi Mahathir kelamnya agenda Melayu dalam perjuangan PH, akan menjadi anak kunci melunaskan impiannya Malaysia menjadi Negara Maju pada 2020 yang kini mula digerhanakan oleh wawasan Transformasi Nasional 2050 Najib Razak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan