SHAH ALAM: Keadaan pantai di Selangor masih terkawal dan fenomena air
pasang tidak menyebabkan sebarang limpahan air berlaku di pesisir
pantai.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, ban dan benteng pesisir pantai juga dalam keadaan selamat dan terkawal.
"Tiada kawasan dilapor mengalami limpahan air setakat ini. Kawasan
petempatan juga tidak terjejas akibat fenomena ini," katanya dipetik
agensi portal berita.
Daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
kini diletakkan dalam persediaan peringkat tinggi bagi menghadapi
fenomena air pasang besar kerana berisiko tinggi mengalami banjir
sekiranya berlaku angin kencang dan hujan lebat.
Sementara itu, Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor berkata,
kemuncak air pasang di pantai Selangor dicatatkan pada kadar 5.3 meter
kira-kira pukul 6 pagi, namun keadaan masih terkawal.
Menurut laman portal Jabatan Pengairan dan Saliran, aras air di Sungai
Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat berada pada kadar 3.99 meter,
manakala Sungai Labu di Kampung Labu Lanjut (Masjid KLIA), Sepang pada
kadar enam meter yang menunjukkan trend surut sehingga pukul 11.30 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan